followers comel

Wednesday, 4 February 2015

AE: Aku tanya, apa khabar?

Assalamualaikum. 

AE a.k.a academic exercise, atau student UKM panggil latihan ilmiah. Hmm. 

Selaku final year student, haruslah siapkan AE ni. Sepatutnya masa cuti yang panjang ni lah dah pulun cari maklumat tentang AE ni, tapi ni tak. Konon nak rehatkan dulu otak yang berserabut dengan banyak benda masa praktikum dekat sekolah sem lepas. 

Dan hari ni, 
dengan tak semena-menanya, 
dapat SMS. 

Daripada siapa?
Daripada Miss Asmahan. 
Mengatakan yang aku perlu submit AE proposal kepada beliau Jumaat ini. 

Eh tunggu, 
bukan ke aku ni supervisee Datin Siti Hawa? 

Adoi. 
Tukar supervisor dah rupanya. Lambat update betul aku ni.
Rara dan Sara pun masih sekali lagi dengan aku. 

Jadi, haruslah pulun edit AE mulai malam ni. 
Doakan AE aku siap tepat pada masanya. 
Tak nak dah repeat paper or sem lagi.
Perit. Sakit.
The end. 

XOXO 
Zulaikha 

No comments:

Post a Comment