followers comel

Friday, 30 January 2015

Tinta Zulaikha

Assalamualaikum. 

Hari ni dah 30 Januari 2015. Cepatnya masa berlalu -.-''' Dah terasa menganak tirikan blog ni setelah sekian lama. 

21 Januari lalu aku dah bergelar wanita 23 tahun. Hahahaha. Baru 23 tahun. Leklu beb. Banyak benda lagi kena kejar. Tolong jangan sebut pasal kawin boleh dok? Wakaka *forever alone* Terima kasih kepada Yasmin Khairani yang sudi mereview birthdayku. Mohon hadiah birthday satu dozen ye! 

Memang rasa sekejap je masa berlalu. Buktinya, sesi praktikum dekat sekolah pun dah lama habis. Rindu bebudak nakal tu. Eh rindu ke? Entah la. Rindu jugak. Tapi 30% je. Lol 

Jadi, tahun 2015 ni aku harap aku dapat capai semua azam aku tahun 2011 yang lalu. Tengok, berapa tahun dah tertangguh? Moga-moga aku akan jadi lebih rajin mengupdate live events aku dan segala omelan tentang hidup. 

Oh ya, mohon sedekahkah al-Fatihah dan bacaan Yasin buat allahyarham pakcikku, Tuan Ibrahim Tuan Chilek yang telah meninggalkan kami semua pada 28 Januari 2015 disebabkan kanser. Moga Allah menempatkan beliau dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Amin. Allahyarham jiranku, Mok Joh pun telah pergi dalam Januari, 26 Januari 2013. Moga Allah mengampuni dosa-dosa mereka. InsyaAllah.


nota kaki: 
1) obsesiku kini kian bertambah. Fixi & Aidijuma pula. High maintenance. Need to work harder. 
2) Masih menunggu result praktikum sem 7. Moga dapat yang baik-baik. 
3) Sem 6 dapat dekan tapi tak pergi dinner dekan sebab dah balik kampung.
4) Bestie nak kawin bulan 4 ni tapi aku sebagai bakal bridesmaid belum kurus-kurus. Adoyai

XOXO 
Zulaikha