followers comel

Thursday, 4 September 2014

Lambatnya Jumaat

Lambatnya Jumaat T.T


Dakwat printer dah habis, and I don't have any freaking money to buy the new one. Yet T.T 



Dengar cerita, PTPTN sem 7 ni masuk hari Jumaat ni, iaitu esok. Betul ke tak ni? Janganlah bagi aku harapan palsu T.T

Sejak masuk sekolah ni, semua maklumat penting, through WhatsAp je. Dah lah smart phone (yg bodoh) tu dah rosak. Memang aku ni macam orang hulu yang tak punya connection dengan dunia luar la jadinya. Selalu je termiss apa-apa maklumat penting. Macam hari ni, meeting was cancelled, aku kemain bersiap awal. Kesudahannya, Dibah ajak pergi lepak dekat library Intec. Hmm, kan dah membazir masa tidur aku tu?

Pendek kata, lambatnya PTPTN masuk. Aku nak beli dakwat printer, aku nak beli smart phone. Semua ni sebab praktikum lah. Haish.

Wednesday, 3 September 2014

Wake me up when September ends

Assalamualaikum.

Lama tak jenguk online diaryku ni. Terasa macam dah menganak tirikan blog ni, dulu bukan main lagi update, tapi sekarang? Terbiar berhabuk tanpa sebarang coretan rasa. 

Oh ya, maklumlah, sekarang memang tak ada langsung internet connection, lebih-lebih lagi lepas pindah ke rumah baru. Kenapa pindah rumah sewa baru? Ah, seriously, malas nak fikir benda-benda yang dah berlalu. 

Sekarang aku tengah buat praktikal dekat sekolah. Blerghh. Cikgu praktikal? Tiring, kau tahu. Hari ni je pun baru lepas jadi Incredible Hulk kejap dalam kelas. Kasi brainwash budak-budak yang tak behave dalam kelas.

Aku harap Allah teguhkan dan tabahkan hati aku untuk jadi seorang pendidik yang berjaya. Aku rasa kecewa bila aku gagal capai aim aku setiap hari, untuk ubah budak-budak ni jadi lebih baik. Aku rasa macam aku nak tidur je sepanjang September, dan bila aku bangkit, diorang semua behave dan semangat nak belajar, semangat nak terima something daripada aku. 

Tapi aku tahu semua tu takkan berlaku...semudah itu. 

Walaupun setiap hari aku rasa macam nak berputus asa, tapi...takkan semudah tu? Aku kan Superwoman. Try me!