followers comel

Friday, 30 May 2014

sekarang aku tahu.

sekarang aku tahu. 

wujudnya aku di sini tak siapa yang hargai, 

cuma orang tuaku yang tahu penat lelah 
punya seorang anak gadis. 

sekarang aku tahu. 


cinta kepada manusia takkan ada gunanya

kalau manusia itu tidak cintakan Tuhannya terlebih dulu
daripada aku. 

sekarang aku tahu. 


kawan bukan untuk selamanya.

kawan cuma ada bila kau diperlukan. 
kawan sejati?
ah, aku rasa aku takkan jumpa pun. 
banyak yang penting diri
dan mahu dirinya saja yang difahami. 

sekarang aku tahu.

sedihkan jadi aku?

aku rasa Tuhan sedang simpan momen-momen indah 

buat aku. 
Dia nak bagi sekaligus nanti, mungkin di dunia atau akhirat kelak.