followers comel

Wednesday, 30 April 2014

senyum.


Senyumlah,
walau hati terluka,
walau dia buat aku seolah
aku tak punya rasa.

Senyumlah, 
anggaplah kau baru terbangun 
dari mimpi buruk yang maha panjang, 
senyumlah tanda kesyukuran,
kau masih diberi waktu 
untuk perbetul kesilapan.

Senyumlah, 

kau dijauhkan daripadanya
mungkin bukan dia, bukan dia 
yang akan mengimami solatmu.

Senyumlah, 

lupakan semua duka,
Tuhan sebaik-baik perancang buatmu,
percayalah semua ketentuanNya,
nescaya kau akan bahagia.


Nota kaki: 
sejak 2 menjak ni, aku rasa kosong, aku rasa lost, aku rasa sedih. Tambah-tambah lagi dengan mp4 hilang, tambah-tambah lagi dengan masalah kewangan. Tambah-tambah lagi dengan masalah orang sekeliling. Tambah lagi dengan assignment2 yang buat aku rasa nak menangis. Aku tak ada sesiapa untuk mengadu, aku cuma dapat mengadu kepadaNya, kawan2 pun punya masalah sendiri, siapalah aku untuk memberatkan mereka. Ya Allah, bantulah hambamu yang sangat lemah ini.

No comments:

Post a Comment