followers comel

Saturday, 29 March 2014

ketentuanNya

Assalamualaikum.

Lama tak mencoret. Rasa janggal. Rasa pelik. Semua rasa ada. Atau sebenarnya, memang dah tak ada rasa. 

Rasa hari-hari yang berlalu agak sayu dan sendu. Rasa semangat yang dulu ada bagaikan direnggut. Kenapa? Kenapa biarkan manusia yang memegang kunci kebahagiaan itu, dan biarkan dia berlalu dengan kunci itu? Seharusnya engkaulah yang memegang kunci kebahagiaanmu sendiri. Engkau yang berhak membuka peti itu bila-bila masa.

Manusia, 
mereka takkan menghargai seseorang atau sesuatu apabila mereka memilikinya. 
"Menghargai'' cuma wujud untuk perkara yang telah berlalu pergi. 
Cuma bezanya, aku tak tahu kau mampu menghargai aku atau tidak walaupun selepas aku pergi. 

Aku pembohong besar kalau aku katakan kau tak memberi impak langsung dalam hidup aku. Aku pembohong besar kalau aku katakan aku tak terfikir langsung tentang kau.

Tapi biarlah, 
aku redha dengan ketentuanNya. 
Aku cuba buang memori ini jauh-jauh.

Suatu hari, kalau kita ketemu lagi, aku cuma ingin senyum dan katakan 
"Aku lebih bahagia tanpa kau di sisi".
 

No comments:

Post a Comment