followers comel

Tuesday, 31 December 2013

coretan akhir 2013


Assalamualaikum. 

Coretan pendek sebelum berlabuhnya tirai 2013, sebelum bayu 2014 datang menyapa. 
Aku belajar banyak perkara, lewat kedewasaan ini. 

Aku belajar berdiri di atas kaki sendiri, itu yang lebih penting. 


Mak selalu berpesan, 
"degree ni bukannya level macam UPSR". 
Betul Mak. Eka dah lama tahu, dan tak menafikan pun. 

Kalau pun Eka tak dapat nak hadiahkan Mak dan Abah dengan anugerah dekan setiap sem, Eka dapat hadiahkan kalian dengan integriti Eka dalam berusaha saja. 

Sekurang-kurangnya Eka harungi semua dengan payah-jerih Eka sendiri. 


Tak ada nak menumpang titik peluh orang lain. 
Tu jauh lagi baik buat Eka daripada sekeping sijil dekan yang secara dasarnya tak berpijak pada realiti. 

Tahun 2013 ni juga, 


Eka banyak kenal manusia yang bertopeng. 
Yang berselindung di sebalik topeng. 
Mereka sembunyikan warna sebenar mereka di sebalik topeng itu. 
Eka tak sesal melihat warna sebenar mereka walaupun itu lebih menakutkan daripada mimpi ngeri malam hari. 

Eka belajar menjadi insan sepanjang 2013 ini. 

Alhamdulillah.

Perkara yang paling Eka dambakan tahun 2014 ini ialah 

harapan untuk menjadi hambaNya yang lebih baik, pelajar yang lebih berdedikasi, seorang kekasih yang setia dan menenangkan, seorang sahabat sejati dunia akhirat, seorang kakak yang dapat menginspirasikan, seorang adik yang dapat membantu kala diperlukan, serta seorang anak solehah yang mendoakan Mak dan Abah. InsyaAllah. 

Friday, 27 December 2013

hakikat

Maaf, sebab lama tak menulis. Busy semester ini, katanya. benar, tapi takkan tak ada secebis waktu untuk menaip? Ah, orang lain bukannya mahu tahu, aku lebih rela menghabiskan waktu di atas katil berbanding di meja study! :p


Semester ini, paling kurang, ada waktu untuk bernafas, walaupun assignment melimpah-ruah walaupun study week meniti hari untuk melabuhkan tirai. Detik ini, tinggal assignment subjek Drama dan Research Methodology saja lagi yang belum bersentuh. Penat! 


Lupakan seketika tentang dunia study yang takkan berkesudahan. Jatuhkan diri ke alam fantasi untuk seketika. Tadi, awal-awal malam lagi sudah kuterima SMS daripadanya. Rindu, sebab si gadis sudah berbulan-bulan tidak menjenguk kampung halaman. 

"Awak ni nampak je macam ganas, tapi hakikatnya, manja." 

Kenapa slow poke sangat ni, sayang? Dah jelas terbukti yang saya ni seorang yang penyayang, lembut hati dan manja. Hahaha

Awak..
E'ka Zulaikha yang awak kenal sejak tingkatan satu ni memang macam ni.