followers comel

Saturday, 19 October 2013

Diari Hidup.

Assalamualaikum. 

Lama sungguh tak singgah menulis di sini. Bukan kerana sibuk; masa itu sentiasa ada bagi yang tahu untuk memanfaatkan, cuma rasa untuk menulis itu tiada. Entah kenapa. Dan aku tak mahu semester lima ini berlalu tanpa tulisan atau karya untuk tatapan sendiri mahupun untuk terbitan mana-mana penerbitan yang sudi. Eceh. 


Baru-baru ini aku menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Patriotik anjuran UiTM. Sengaja mahu menggilap bakat yang kurasakan mulai berkarat sejak bergelar pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa ini -.-' Maafkan aku. Semua ini tak sepatutnya berlaku :( 


#Aku tahu aku makin gemuk sekarang.
Dalam usaha untuk turunkan balik berat badan :(
Yeah, I can do this! 


Alhamdulillah, rezeki itu tetap ada bagi yang berusaha. Tempat kelima mungkin bukan pencapaian yang terbaik, tapi cukup untuk menjadi penanda aras buat diri. InsyaAllah, akan berusaha lebih baik pada masa akan datang. (Kagum dengan kak yang selalu menang sayembara tu, mungkin dorongan suaminya buat dia lebih bersemangat :p) 


Oh ya, ni pula kenangan bersama-sama si cantik molek Kak Dey :') Putih melepak orangnya. Kak Dey ajak keluar sementara dia masih di Shah Alam untuk temuduga kerja. All the best, Kak Dey :') Alhamdulillah for the sweet moments :') I wish I could have a nice sister like you. Sister-in-law, maybe? Haha :p 

Hmm, untuk hari Jumaat 18 Oktober 2013 [yang tiada sekeping pun gambar :'(], even it was a short date with you, even I wasn't satisfied enough because we couldn't have Secret Recipe (sebab SR dekat Kuala Terengganu tak bukak! grrr), even I had stomachache sbb minum air A&W pagi-pagi dengan ayam yg pedas, I know u put some efforts to get up early in Friday morning just to pick me up, I know u're willing to spend your time for me even saya mengada-ngada dan banyak kerenah. Tq sayang. It's been already a year since we got back together :') 

Saya belajar untuk redha. Kalau ada jodoh, adalah. 

#Hidup bukan semanis lolipop, seperti yang saya fikir dahulu. Pahitnya perlu dirasai terlebih dahulu sebelum manisnya dapat dihirup. Kbai.