followers comel

Monday, 29 July 2013

Tapi Bukan Aku

Terima kasih kerana selalu ada saat aku memerlukan.
Terima kasih kerana meminjamkan bahumu untukku menangis, dan telingamu mendengar semua keluh kesahku, terutamanya tika ku di rantauan.

Kau bukan lagi sahabat baikku, malah lebih daripada itu.

Aku tahu aku telah mengulangi kesilapan lalu:
aku kembali menyakiti hatimu, 

aku mengguris jiwamu.

Itu jika kau lihat dari luaran.

Jika kau benar-benar dapat membaca tindakanku ini; 

ternyata aku benar-benar mencintaimu.

Kerana MENCINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI.

Aku mencintai dan menyayangimu kerana aku tidak mahu kau terluka lagi.
Cukuplah buat kali ini.
Aku tak mahu kau dipandang rendah oleh yang lain.
Aku tahu kau mampu berjaya dengan tulang empat keratmu sendiri.
Persetankan kata-kata orang.
Yang penting, aku tahu.

Aku menyayangimu kerana aku mahu kau berbahagia dengan orang lain yang lebih layak dengan kebaikanmu, 

TAPI BUKAN AKU.

Aku tak pantas untukmu kerana 

aku tegar menyakitimu 
buat kesekian kali.

Aku melepaskanmu kerana aku tahu 

kita tidak mungkin akan bersatu 
tanpa restu.

Kita tidak mungkin akan bersatu 

kerana jurang ilmu.

Kita tidak mungkin akan bersatu

kalau yang tersurat sudah begitu.

Yang penting, 

aku gembira kerana diberi kesempatan 
untuk mengenalimu seumur hidupku.

Aku bahagia kerana diberi waktu

untuk kecap bahagia
walaupun untuk seketika.

Kau pantas untuk berbahagia, 

kau pantas untuk menikmati kasih seorang wanita; 
TAPI BUKAN AKU. 

Kerana Dia 
punya perancangan yang lebih sempurna 
daripada rancangan kita 
manusia biasa.

#Kau bukan untukku. 



Thursday, 25 July 2013

Terima kasih Cinta

Hari ini, aku sudah mula merinduimu :')
Momen semalam walaupun singkat, tapi penuh bermakna.

Ya lah, bukan selalu dapat ketemu...

Terima kasih Cinta.

Mini Cooper pemberianmu, akan kusimpan elok-elok, 

sampai bila-bila.

Suatu masa kalau kau bukan ditakdirkan untukku, 

suatu masa tika anakku bertanya dari mana aku mendapatkannya, 
pasti kusebut namamu :)

Aku takkan pernah lupakanmu. 




Terima kasih Cinta, 
kerana masih dapat buat aku tertawa dalam derita.

Kaulah bahagiaku, dan kau juga deritaku