followers comel

Saturday, 29 June 2013

Hati

Sedangkan pantai lagi berubah, 
apatah lagi hati manusia. 

Bagaikan daratan dilanda bah, 
sekelip mata semua binasa. 

"I'm the one who sticks to the memories". 
Itu yang pernah kuungkapkan kepada seseorang. 
Aku sayang akan memori yang pernah tercipta antara aku dengan sesiapa. 

Tapi kalau cuma aku, 
things will not work. 

Kata orang, kalau bercinta, bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. 

Begitu juga dalam persahabatan, 
mesti ada give and take. 

Maaf, 
sekarang hati aku tak seperti dulu,
lembut, mudah dipujuk, 
mudah dipijak.

Entah.

Mungkin hati aku sudah letih dan ia sudah aktifkan butang automatik
untuk menolak semua perasaan yang kurang penting?

Mungkin.

I know something-not-right is going here, and now. 

Tapi, kenapa?
Salah akukah?
Akukah yang bagai menjauhkan diri?

Oh tidak, sayang.

Aku mencari erti hidup.
Aku mencari perkara yang aku mahu.
Aku mungkin bukan sepertimu, 
yang betah hidup dalam kondisi ini.

Aku tak pernah pinta 
aku akan difahami selalu.
Kadang-kadang bersendiri memberi aku lebih erti.
Aku kenal diri aku bila tak punya sesiapa di sisi.

Hadirnya mereka seolah-olah memberi harapan palsu,
kerana hakikatnya, 
mereka takkan terus berdiri di sisi 
untuk aku 
sehingga aku sampai ke garisan penamat.
Tidak.
Mereka bukan dari jenis yang itu.
Yang ada dalam fikiran cuma diri mereka sahaja.
Aku bukan mahu jadi seperti mereka.
Cuma terkadang, aku penat.
Diri sendiri tidak terjaga.
Cukuplah aku menjaga hati aku sahaja. 

No comments:

Post a Comment