followers comel

Monday, 20 May 2013

sukar

sem 4 ini, aku banyak menangis. 
sukar.
maafkan aku.
kepadaNyalah aku mengadu segala, 
bilamana manusia tak mampu 
membuatkan keperitanku beredar. 

sem 4 ini, 

aku rasa kuat.
kuat yang amat.
terima kasih Ya Allah 
atas kekuatan yang Kaupinjamkan :')
kuat untuk berdiri di atas kaki sendiri.
kuat untuk selesaikan masalah
yang datang dan pergi.
dan setiap kesedihan yang datang,
pasti Dia selitkan dengan sekuntum senyuman.
Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Sem 4 ini,

mencabar sungguh jiwa raga.
Dengan subjek Phonetics yang perlu diulang
membuatkanku terpaksa beralih ke kelas lain.
Tapi sebenarnya 'keterpaksaan' ini
ialah suatu rahmat :')
Aku seronok berada dalam kelas baru
kerana mereka menerima aku seadanya.
Aku menjadi diri sendiri.
Tak berpura-pura.
Tak perlu rasa risau andai aku tak sesempurna yang lain.
Suatu perasaan yang lain, 
dan sangat dihargai.
Mungkinkah semester seterusnya aku akan bersama-sama mereka lagi?
Kita tunggu dan lihat. 

Sem 4 ini juga,

tak banyak acara yang disertai.
Sekadar menyertai Kota Buku di Perpustakaan Negara,
dan baru-baru ini, Rebung Puisi di UiTM. 
Hambar bilamana tiada yang datang menyorakkan kata-kata semangat :(
Tapi biarlah, 
aku masih mencari, 
mereka yang benar-benar 'ada'. 

Sem 4 ini,

membuatkan aku kenal dunia. 
Aku kenal siapa mereka. 
Walau hati pedih tersiat,
masih lagi aku punya kekuatan 
untuk teruskan semua yang telah dimulakan.
Permainan ini kian mencabar,
aku tidak mahu tersungkur 
sebelum semuanya berakhir. 


ps: Buat si dia, lepaskan saja, biarkan aku pergi, tiada guna menangisi, biar kututup saja pintu hati, sehingga masa yang tepat menjengah sanubari. 

Aku penat, penat. 


Aku rindu nak bertaekwondo. Nak terajang-terajang. Nak sepak-sepak. Nak punch-punch. Biar keluar semua amarah aku. Biar terbit semua kesumat aku. Biar aku rasa lega. Supaya aku tak perlu lagi tanggung semua. 


Kalau minda aku punya suis, aku mahu 'off'kan saja memori tentang kau. Ataupun pindahkannya ke ruangan 'mimpi buruk'. Supaya apabila aku terjaga, aku masih tetap dapat jalani hidup seperti biasa. 





2 comments:

  1. Believe it or not, I understand how that feels. So soldier on pretty, because He never put us under something for nothing :)

    ReplyDelete