followers comel

Thursday, 11 April 2013

MANJA

Kau betul-betul kenal aku?
Kalau kau betul-betul kenal aku,
sebagaimana Mak aku kenal aku, 
kau akan tahu 
aku ini 
MANJA orangnya. 

Aku mudah merajuk 
bila tak dapat perhatian secukupnya. 

Yang selalu jadi mangsa aku,
mestilah Encik Glottal Stop. :p
Selalu sangat aku marah dan merajuk dengan dia. 
Mujur dia faham aku. 
Kalau aku merajuk je, 
mesti tahu nak buat macam mana.
Selalu je nak ambik hati aku. 
Sayangnyalah Encik Glottal Stop. 
Entahlah. 
Kalau aku hilang dia, 
aku dah tak tahu 
macam mana untuk mencintai
seorang lelaki lagi. 
Jiwang tak? :') 

Aku MANJA, 
sebab aku selalu 
pentingkan benda remeh-temeh.
Sikit-sikit nak sensitif.
Kalau rasa macam orang tak pedulikan aku pun, 

aku dah rasa lain macam.
Kadang-kadang aku menangis.
Manja tak aku? 

Manja kan?
Mesti orang akan menyampah bila tahu.
Tapi ni lah aku.

Aku MANJA, 

sebab aku takut nak buat salah 
depan orang.
Aku nak orang tengok aku dalam keadaan yang terbaik.
Aku selalu paksa diri aku, 

kadang-kadang aku rasa nak give up jugak, 
sebab selalu kena impresskan orang.

Aku MANJA, 
sebab aku ni bukanlah seorang yang terlalu berdikari.
Aku tak masak pun dekat rumah, 

aku selalu tunggu masakan Mak, 
sebab aku takut aku masak tak sedap :\
Tapi aku nak belajar jugak, 

sebab kesian la kat suami aku nanti. HAHAHA :p

Aku MANJA, 

sebab walaupun aku dah ada lesen kereta, 
tapi tak pernah pun nak drive :(
Aku takut kalau aku calarkan kereta Mak aku, 

tambah-tambah lagi Mak dah beli Myvi baru. 
Aku teringin nak bawak. 
Aku teringin nak gi amik adik aku dari asrama. 
Aku teringin. 
Tapi Mak Abah pun makin memanjakan aku, 
diorang protective, tak bagi aku buat semua tu. 

Alahai, manjanya aku :(


#Inilah catatan seorang aku, 

seorang gadis yang manja :p 




ps: Tadi Kaka tegur aku makin kurus. Sebenarnya, aku tak rasa kurus pun :\ Tapi tengok gambar lama ni, yeahh, aku dah kurus sikit la sekarang. HAHAHA

*Ni gambar lama, tangkap dalam bilik persalinan x-ray. Tembamnya saya!



No comments:

Post a Comment