followers comel

Friday, 5 April 2013

Kisah Seorang Aku



Masa berlalu, 
hari berganti, 
dan aku,
masih mencari 
erti diri. 

Di sebalik kehadiran ini 
ada kah yang masih menghargai 
dalam hiruk-pikuk kehidupan 
mungkin mereka juga 
tidak kuasa 
untuk terus mempeduli. 

Tatkala hati sedih dihambat hiba 
aku cuba kentalkannya 

Aku sembunyikan linangan air mata 
di sebalik senyum tawa 
yang aku sendiri tidak tahu 
dari mana datangnya kekuatan 
untuk mengukirkannya
sedangkan ia palsu 
dan memenatkan 

Aku tahu 
kehilangan aku tidak pernah membawa erti 

Pemergian aku 
takkan pernah ditangisi 

Itulah kisah seorang Aku. 

Biarlah, biarlah, 
suatu hari nanti, 
bila aku benar-benar pergi bersembunyi, 
usah cari aku lagi, 
usah cari aku lagi. 

#Hati aku hanya akan dihargai 
apabila ia sudah mati. 

No comments:

Post a Comment