followers comel

Tuesday, 9 April 2013

Jauh

Hari ini aku habis kelas awal. 
Seawal 10.20 pagi.
Saat aku keluar dari bilik kuliah, 

aku cuba menyapa rakan-rakanku.

Ada yang bahagia 

kerana baru pulang dari desa.
Ada yang bahagia 
apabila mengenakan persalinan baru.

Ya, 

mereka bahagia dalam dunia mereka sendiri.

Aku?

Tak tahu mahu ke mana.
Sebenarnya aku tahu, 

aku tahu aku mahu pulang ke rumah sewa.

Entah kenapa, 

aku mengharapkan orang bertanya, 
aku mahu ke mana.

Aku mengharapkan ada yang menyapa, 

bila pula kelas seterusnya.

Ah, kenapa harapan aku selalunya tinggi, 

buat mereka yang tak sudi?





Aku tahu keadaan sudah tidak sama.
Kalian telah membiarkan aku larut 

dalam kesunyianku.

Terima kasih.

Nota: rasa mahu pergi jauh-jauh, jangan tanya ke mana aku pergi. Aku rasa tidak mahu jawab semua. Semua sudah makin jauh, baik aku, baik kalian.

No comments:

Post a Comment