followers comel

Thursday, 21 March 2013

Teguh



Aku akan terus teguh berdiri di sini 
andai kau sudi untuk terus menemani

Aku akan terus teguh dengan pendirianku 
tanpa perlu sebab untuk berteleku 

Aku akan terus teguh membina nama 
dan pastinya minat kita tidak sama 

Aku akan terus teguh mengatur langkah 
tanpa perlu sebab untuk mengalah 

Aku akan terus teguh untuk berjuang 

demi mereka, insan yang kusayang! 


*Terima kasih semua. Terima kasih sebab masih teguh dengan kepercayaan terhadapku. Percaya aku mampu harungi semua. Aku sangat terharu. Aku akan bangkit, ini bukan janji, ini ialah kenyataan. InsyaAllah, moga Allah permudahkan! 

*Sem 4 sem transformasi! E'ka boleh. Chaiyok E'ka chaiyok! 



Sunday, 10 March 2013

Topeng Kehidupan


Sudah lama aku 
berselindung di sebalik topeng kehidupan ini 
Menyembunyikan segenap resah 
di lubuk jiwa 
Mempamerkan wajah hipokrit 
untuk tatapan semua 

Mereka benci 
melihat wajah lemah ini 
Lupakah mereka 
bahawa ada ketikanya 
tubuh yang sasa 
pun mampu terjelepok longlai 
ke lantai? 

Hari ini 
aku berselindung lagi di sebalik topeng itu;
Aku memilih topeng yang terukir senyuman 
kerana mahu menyembunyikan 
empangan air mata yang retak. 

Terima kasih topeng kehidupan; 
aku belajar menjadi hipokrit, 
sekali gus mengindahkan 
pandangan yang lain! 


*Abah, I miss you. Wish to go home. Sorry for not being there when I you need attention the most. I pray for you from afar. Cepat sembuh, Abah :'(