followers comel

Tuesday, 26 February 2013

Bicara Aku


Kau lihat, 
betapa kuatnya aku untuk terus tersenyum.

Kau lihat, 

betapa aku cuba melupakan semua 
dan bermula semula.

Kau lihat cuma luaran aku, 

kau terlupa aku juga punya dalaman yang sangat rapuh.

Terima kasih Ya Allah, 

saat aku rasa sakit 
aku masih punya Mak Abah, 
aku punya Haris yang aku boleh berkongsi semua.

Aku sayang dia, Ya Allah, 
sungguh aku sayang.

Aku punya teman, 

tetapi yang berkongsi rasa dengan aku cuma Ima dan Eza. 
Yang lain, 
mungkin mereka sibuk melayan perasaan sendiri,
dan berbahagia dengan keluarga. 

Sesungguhnya aku tak salahkan mereka.
Aku salahkan diri sendiri. 
Ah, sebenarnya aku tak salahkan diri sendiri juga.
Aku sentiasa mencuba.
Dan sekarang aku masih mencuba, 
walau aku akan jatuh tersungkur lagi. 

Aku tahu aku kuat.
Kuat memendam semua hingga 
aku mampu menutup pandangan dukaku.
Terima kasih Ya Allah, 

kerana kurniakan aku kekuatan.

Maafkan aku teman-teman, 

aku tak bisa bersama-sama kalian untuk semua subjek dalam 4C nanti. 
Aku terpaksa merantau. 
Akan kutemui hikmah dalam semua itu.
Yang menjadikan aku kuat, matang dan rasional. 

Aku pohon, 
fahamilah aku.
Jangan paksa aku, 
berilah kelapangan kepadaku. 

Di ruang kecil di rumah sewaku nanti, 
aku harus meneliti semua
nota-nota Phonetics yang kuharap dapat kulupakan untuk seketika
harus kubelek kembali. 

Maafkan aku, 
kalau aku terpaksa membawa diri. 
Aku harus baiki dalaman aku,
teguhkan kembali motivasi yang telah lama hilang.

Itu sahaja yang akupinta. 
Maka, tolonglah mengerti.

AKU KUAT, AKU SUPERWOMAN :D

#Semester 4 ini:

* baiki result 
* try to get A for Phonetics 
* turun berat sebanyak 10 kg, insyaAllah (nekad) 
* beli barang-barang yang perlu 

2 comments:

  1. tak tahu mcm mana nk bantu zue sbb ain tak berada di tempat zue..ain x diuji dgn jalan yg zue terpaksa lalui tp ain diuji dgn perkara lain..everyone has their own battle to fight for kan.. wlwpn kita x rapat sgt, tp ain sygkan semua classmates ain.. ain cuma dpt berdoa and bg kata2 smgt kat zue,semoga zue kuat hadapi segalanya.. Allah tak menguji di luar kemampuan hambaNya kan :) inshaAllah, semoga semester 4 nnt akan bawa lebih byk kegembiraan buat zue :)

    ReplyDelete
  2. thank you, ain :)

    xpe ain, insyaAllah zue akan kuat, seperti biasa. tipulah kalau tak rasa sedih, tapi tak apalah, ni dugaan untuk zue.

    doakan zue terus kuat..harap dapat kembali sepenuhnya dengan kelas C semester 5 nanti, insyaAllah!

    ReplyDelete