followers comel

Sunday, 4 November 2012

Permulaan November

Hari ini aku sudah selamat kembali ke Shah Alam --''
Setelah seminggu bercuti semester dan Hari Raya Haji. 
Perasaan yang bercampur-baur :\

Aku gembira kerana dapat kembali ke Shah Alam, tapi dalam masa yang sama aku rasa kurang selesa, gementar. Urghh. I don't know why I should feel this way :\

Semalam dalam perjalanan ke Shah Alam, dalam bas, aku tak dapat tidur dengan baik :( Duduk pulak sebelah mamat mana entah. Biasanya Mak akan belikan tiket dan pastikan aku duduk sebelah perempuan, tapi semalam sebaliknya pulak :( Dengan bas lewat selama sejam setengah, sampai di Bukit Besi, kami terpaksa bertukar bas pula. Memang leceh. I hate that.

Mujurlah sesampainya di Shah Alam, hari sudah cerah. Apa lagi, terus aku heret bagasi (angkat sebenarnya sampai tangan merah2) sampai ke rumah. Rasa lega kerana sudah selamat sampai :D 

Esok pula aku akan present untuk subjek Field Experience. Honestly, aku rasa takut, gementar sangat2. I just don't know why. Takut tak dapat buat yang terbaik. Takut jadi bahan kecaman lecturer, takut mata kawan-kawan yang memandang aku sepi. Ah, I feel nothing but only afraid! 
*Ya Allah, permudahkanlah segalanya esok. 

Tadi aku nak pergi print handout untuk esok, tapi kedai cina tu pulak tutup. Rasa macam dugaan yang bertimpa-timpa tapi mungkin ada hikmah di sebalik semua ni, kan? Cuma perlu tenang dan banyakkan berdoa.

ps: Luckily there are some things to be happy about this November 

My November items:
1) Kaspersky antivirus (done)
2) Tribal printed dress (waiting)
3) Small cute stove (waiting)
4) Cute bag & necklace (waiting)
5) Free gifts baju kurungs (ambil di pejabat pos)
6) Swap baju kurung (ambil di pejabat pos) 


No comments:

Post a Comment