followers comel

Thursday, 22 November 2012

Langkah pertama - Lari Dari Syurga

Assalamualaikum. 


Sekitar Ramadan yang lalu, aku telah menerima pelawaan daripada syarikat Buku Hitam Press untuk menulis cerpen bawah label mereka, namun malangnya, aku terlampau sibuk dengan tugasan Field Experience tika itu.

Tambahan pula, aku tiada pengalaman langsung menulis cerpen berunsurkan 'hitam' sebelum ini, maka aku cuma mengambil mudah akan tawaran ini. 

Dan esok (22 November 2012), kompilasi cerpen terbaru berjudul Lari Dari Syurga itu akan dilancarkan secara rasmi. Tahniah aku ucapkan kepada semua yang telah terpilih, terutamanya sahabat sekelas, Azwa Asham :D 

Namun baru-baru ini juga aku tidak melepaskan peluang keemasan untuk mencuba nasib dalam peraduan menulis cerpen anjuran Buku Hitam Press. 



Alhamdulillah, sudah tertulis rezeki buat aku :') 



Ini suatu platform yang baik buat aku untuk bermula, untuk terus melangkah. Walaupun aku tidak dapat hadir esok kerana terikat dengan kelas bahasa ketiga, tapi semangat ini takkan pernah pudar :')

Terima kasih buat semua yang menyokong. Teringat hashtag rekaan si Ain Romeli: #ZueBoleh. Really inspiring :D



No comments:

Post a Comment