followers comel

Tuesday, 27 November 2012

21 things for my 21st bday on 21st January 2013.

Just my random notes. About what I want on my coming 21st bday :D
If it does not happen on 21st January 2013, hope it will happen anytime in 2013 :') 

1. Losing body mass. Another 10 kg's :p Ideal weight, yohoo :p

2. Practice cooking delicious meals -.-' Haih. Demi 'Yusuf'

3. Try drive kereta Saga Mak -.-' Dah dua tahun ada lesen memandu tapi susah sangat nak drive :\

4. I want a tablet. Tak kisah la i-Pad ke, Galaxy Tab ke, tab made in China, asalkan tab. senang. 

5. Smart phone. Haha. Mak kata nak bagi sempena usia 21 tahun. Betul ke x ni? :p

6. HP printer. Senang nak print assignment. Moga-moga sem 4 nanti dah ada sebijik. 

7. Digital camera. Hehe. Yang ni memang penting sangat sangat sangat :D 

8. Branded handbag. Tak kisah, tapi prefer Converse/Puma/Adidas/Nike. Kalau dapat yang snake skin lagi bagus :D

9. Wedges shoes yang selesa. Jalan jauh-jauh pun tak sakit kaki. Haih :D 

10. Dress yang comel-comel. Nak peplum dress :D 

11. Baju kurung peplum. Untuk ke kelas? Alamak, gojes kemaen :p

12. Headphone Sony. Baru sedap nak dengar mp3 kan kan kan? 

13. Game console. Teringin sangat nak main games, lepas tension malam-malam lepas study :p 

14. Hard disk. Ini penting juga. Sebab nak simpan movie banyak-banyak. Itu hobi terbaru. 

15. Nak terbitkan novel/kompilasi cerpen sendiri. Nak bergiat dengan lebih aktif dalam bidang penulisan. 

16. Nak join lebih banyak bengkel penulisan/kebudayaan. 

17. Nak belajar main muzik. Terutamanya gitar. 

18. Nak dapat red/black belt untuk Taekwondo. 

19. Nak masuk sparring Taekwondo. tapi dalam kategori bawah 55 kg. InsyaAllah :D 

20. Nak main catur sampai ke peringkat yang membanggakan.

21. Nak dapat dean list. (dan dapat ijazah kelas pertama. Amin :D)


Sunday, 25 November 2012

Semarak Pantun UiTM 2012


Alhamdulillah, berakhr sudah penyeksaan minda di gelanggang pantun, setelah berlatih dalam jangka masa lima jam sahaja :')








Fakulti Pendidikan telah berjaya bergelar Juara Keseluruhan Pertandingan Semarak Pantun UiTM 2012 :D Alhamdulillah. Malah, anugerah Busana Terbaik turut dibolot oleh group pink kami. Hehe. 

Tahniah buat Haziq kerana berjaya merangkul gelaran Pemantun Terbaik peringkat akhir, manakala aku pula hanya mampu bergelar pemantun terbaik semasa Saringan ke-2. Tetap Alhamdulillah.

Moga kejayaan ini merupakan anak kunci untuk membuka pintu-pintu kejayaan seterusnya. Amin :D



Thursday, 22 November 2012

Langkah pertama - Lari Dari Syurga

Assalamualaikum. 


Sekitar Ramadan yang lalu, aku telah menerima pelawaan daripada syarikat Buku Hitam Press untuk menulis cerpen bawah label mereka, namun malangnya, aku terlampau sibuk dengan tugasan Field Experience tika itu.

Tambahan pula, aku tiada pengalaman langsung menulis cerpen berunsurkan 'hitam' sebelum ini, maka aku cuma mengambil mudah akan tawaran ini. 

Dan esok (22 November 2012), kompilasi cerpen terbaru berjudul Lari Dari Syurga itu akan dilancarkan secara rasmi. Tahniah aku ucapkan kepada semua yang telah terpilih, terutamanya sahabat sekelas, Azwa Asham :D 

Namun baru-baru ini juga aku tidak melepaskan peluang keemasan untuk mencuba nasib dalam peraduan menulis cerpen anjuran Buku Hitam Press. 



Alhamdulillah, sudah tertulis rezeki buat aku :') 



Ini suatu platform yang baik buat aku untuk bermula, untuk terus melangkah. Walaupun aku tidak dapat hadir esok kerana terikat dengan kelas bahasa ketiga, tapi semangat ini takkan pernah pudar :')

Terima kasih buat semua yang menyokong. Teringat hashtag rekaan si Ain Romeli: #ZueBoleh. Really inspiring :D



Sunday, 18 November 2012

Yang Kurasakan

Assalamualaikum. 

Rasanya macam agak lama tak mencoret sesuatu kat sini -.-' Alkisahnya, semalam dan hari ni aku dilanda penyakit 'misteri'. Pening kepala sampai jalan pun terhuyung-hayang, makan pun tak berapa nak lalu, siap rasa nak termuntah lagi -.-'' Tak pernah lagi rasanya sebelum ni jadi macam ni. 

Program Ben yang awal-awal aku bagi nama tu, terpaksa aku cancelkan sebab tak larat nak pergi. Huwaa. Sedihnya dalam hati :'( Takpe, takde rezeki lagi. Lepas-lepas ni, akan aku manfaatkan sebaik mungkin.

#Oh ya, wishlist sebelum ni dah tercapai. I bought a pair of Zucca wedges shoes. Sweet sangat2 :D

Thursday, 8 November 2012

Hadiah buat Diri Sendiri (1)

Assalamualaikum.

Fuhh, Alhamdulillah :') Derita yang terasa bertimpa-timpa sebelum presentation Field Experience bermula, akhirnya sudah berakhir. Aku, Dini Fareha & Ain Amira sudah pun mencuba sedaya-upaya kami. Sekurang-kurangnya, Dr. Shireena memberikan perhatian terhadap apa-apa yang telah kami bentangkan.  6 November 2012, tarikh keramat itu.  

Jadi, apa lagi? Sudah tentu ada hadiah buat Zulaikha tersayang :D 


Tribal printed dress, finally mine :') <3

#Harap-harap tak nampak gemuk bila pakai sebab garisan melintang macam ni --''


PS: Hadiah buat diri sendiri itu penting supaya semangat itu sentiasa ada :D 
Bukan hanya benda-benda yang mahal, kadang-kadang benda-benda yang simple lagi bermakna :')


nota kaki: masih menunggu stove, cute bag & necklace. Anggaplah semua itu hadiah untuk tugasan-tugasan akan datang, E'ka :D 






Sunday, 4 November 2012

Permulaan November

Hari ini aku sudah selamat kembali ke Shah Alam --''
Setelah seminggu bercuti semester dan Hari Raya Haji. 
Perasaan yang bercampur-baur :\

Aku gembira kerana dapat kembali ke Shah Alam, tapi dalam masa yang sama aku rasa kurang selesa, gementar. Urghh. I don't know why I should feel this way :\

Semalam dalam perjalanan ke Shah Alam, dalam bas, aku tak dapat tidur dengan baik :( Duduk pulak sebelah mamat mana entah. Biasanya Mak akan belikan tiket dan pastikan aku duduk sebelah perempuan, tapi semalam sebaliknya pulak :( Dengan bas lewat selama sejam setengah, sampai di Bukit Besi, kami terpaksa bertukar bas pula. Memang leceh. I hate that.

Mujurlah sesampainya di Shah Alam, hari sudah cerah. Apa lagi, terus aku heret bagasi (angkat sebenarnya sampai tangan merah2) sampai ke rumah. Rasa lega kerana sudah selamat sampai :D 

Esok pula aku akan present untuk subjek Field Experience. Honestly, aku rasa takut, gementar sangat2. I just don't know why. Takut tak dapat buat yang terbaik. Takut jadi bahan kecaman lecturer, takut mata kawan-kawan yang memandang aku sepi. Ah, I feel nothing but only afraid! 
*Ya Allah, permudahkanlah segalanya esok. 

Tadi aku nak pergi print handout untuk esok, tapi kedai cina tu pulak tutup. Rasa macam dugaan yang bertimpa-timpa tapi mungkin ada hikmah di sebalik semua ni, kan? Cuma perlu tenang dan banyakkan berdoa.

ps: Luckily there are some things to be happy about this November 

My November items:
1) Kaspersky antivirus (done)
2) Tribal printed dress (waiting)
3) Small cute stove (waiting)
4) Cute bag & necklace (waiting)
5) Free gifts baju kurungs (ambil di pejabat pos)
6) Swap baju kurung (ambil di pejabat pos)