followers comel

Thursday, 18 October 2012

Secebis Rezeki Buatku :')

Assalamualaikum.


Dalam meniti kesibukan hari-hari di Fakulti Pendidikan, produktiviti dalam berkarya dan menyertai contest yang awesome juga semakin berkurangan -.-' Maafkan aku. Sesungguhnya, masih ada cebisan rezeki buatku di sebalik kesibukan yang kian melanda ini. Alhamdulillah :')




Alhamdulillah..sesungguhnya selepas ini aku perlu memanfaatkan masa dengan lebih baik :) Peluang itu sentiasa terbuka di hadapan kita, cuma kita yang perlu tahu untuk menghargai dan memanfaatkannya! :D

ps: petang ini ada Listening Test untuk Japanese Language. semoga aku dapat melakukan yang terbaik. InsyaAllah.



Friday, 12 October 2012

something to be written


Well, thanks Mom for calling me tonight. 
Please don't be too worried. 
I'm just having a little bit fever, I'll be okay after this -.-''

Well, I think I wanna cry T_____T
I lost my student ID, and do you think it is awesome?
And I cancel my plan to go to Perkampungan Penulis organized by GAPENA tomorrow.
And do you still think it is awesome?

I just cannot bear to lose any chance anymore.
I just hope someone can come near me and say,
'Hey Eka, please don't be sad. Any other opportunity will come and you'll grab it.'

And yes, I wanna go home T____T
Being too stressed out here.

Friday, 5 October 2012

Semester 3



Ya Tuhan 
izinkan aku untuk senyum gembira lagi
sebahagia dulu 
kerana hari demi hari yang kulalui kini 
tak semudah dulu...

Semester 3 kini..
apa yang aku harapkan sebenar-benarnya?
Hidup menjadi semakin mudah?
Tiada assignment langsung sem ini?
Perghhh..
Bak kata Cikgu Nurlina, bukan belajar namanya kalau tak merasai payah jerih! 


Semester 3 yang kian mencabar...

1) Banyak sungguh assignment yang melibatkan group work. Dan kau tahu, setiap group berbeza-beza. Kau tercampak entah di gaung mana, maka kau sendiri kena ada survival skills untuk terus hidup. Dan kau tahu? Markah memang banyak datangnya daripada kerja-kerja group ini yang kau rasa sangat leceh sebab perlu deal dengan pelbagai ragam manusia -.-'

2) Semester 3 ini, kau belajar bahasa asing dan kau pilih Bahasa Jepun. Kau minat, cuma kau tak ada basic skills, to be compared with your other friends. Kau rasa rendah diri, tapi kau tahu, kau sanggup untuk belajar. Sanggup merendahkan ego semata-mata untuk menimba ilmu. Kau kuat, ketahuilah. Tak ramai yang sanggup buat begitu kerana mereka tidak sanggup menjatuhkan maruah sendiri.

3) Kau juga terpaksa deal dengan pelbagai ragam manusia yang kau kira sahabatmu. Sebenarnya title sahabat itu memang jauh sekali untuk digapai. Mereka itu cuma kawan. Kau tak rasa langsung mereka itu mampu memotivasikan kau, yang kau nampak cuma lirikan tajam yang kadang-kadang menikam sanubarimu. 

#Aku tahu aku tak pandai dalam banyak perkara, tapi sekurang-kurangnya, I'm willing to learn ;)

#Nota kaki: Hati beku