followers comel

Wednesday, 5 September 2012

Penat

Oh, beberapa hari berlalu tanpa coretan, maafkan aku -.-'

30 Ogos 2012, puisi berjudul Terima kasih sudah tersiar di akhbar Varsiti, Berita Harian. Sekurang-kurangnya ada pencapaian yang digapai untuk Ogos 2012, bukan. September yang sudah 5 hari bertandang masih sunyi tanpa pengisian. Maafkan aku, aku terlalu sibuk dengan ROS report yang perlu dibereskan sebelum aku berangkat ke Shah Alam Jumaat ini. Aku benci kerja last minute, dan InsyaAllah selepas ini aku akan berusaha untuk tidak melakukannya lagi *sigh*

 Dek kerana kepenatan bersengkang mata saban malam menyiapkan report itulah, aku sering tidur hingga tengah hari. Maafkan aku :[ Mimpi yang pelik-pelik mulai muncul. 

Kalau aku punya masa dan mood yang sesuai, akan kucoretkan perihal mimpi itu. Mungkin suatu hari nanti, aku bisa membacanya kembali lalu tertawa. Mungkin :')