followers comel

Tuesday, 14 August 2012

Mencurah ke Ladang Gandum

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ini bagai mencurah-curah ke ladang gandum :') Mungkin tampak kecil bagi orang lain, tetapi bagi aku, aku amat menghargai setiap perkara yang diperoleh. Alhamdulillah.

Hadiah contest Dooodolls sudah cukup membuatkan aku tersenyum sampai telinga, ditambah lagi dengan pemberian tafsir al-Qur'an berwarna pink daripada Mak :) Hadiah set alat tulis daripada Teacher Anita Ainan, Mentor Field Experience pun amat menyentuh hati, kerana sepatutnya aku yang terlebih dahulu menghulurkan cenderahati buat beliau :')

Hari ini pula, menerima khabar daripada teman serumah di Shah Alam, bahawa aku menerima cek daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Alhamdulillah, cerpen yang kukirim tempoh hari sudah disiarkan dalam risalah Jendela Timur April 2012, tetapi belum dapat kutatap kerana aku masih belum menerima risalah tersebut.

Semalam aku membantu jiranku untuk menyiapkan esei "Clean State, Healthy Citizens" seperti tahun lepas. Semoga ada rezeki kemenangan buatnya, dapatlah juga aku merasa sepuluh dua puluh ringgit :D Bukannya terlalu berkira, tetapi duit itu, memang suatu benda yang paling penting dalam dunia globalisasi ini. Aku kan suka shopping. Hoho

Acham, teman sekelasku pula bakal melancarkan projek newsletternya yang diberi judul Khalifah Rules bermula semester tiga nanti. Aku sudah menyumbangkan cerpenku buat tatapan semua, moga-moga perancangan Acham itu bakal mendapat sambutan ramai. Beliau juga turut request cerpen bertema sahabat. Setakat ini aku sudah menulis sebuah cerpen, tetapi bukan dalam simpananku :| Mungkin aku perlu godek-godek PC klasik rumah untuk mencari karya-karya yang tersimpan lama. 

ps: Oh ya, ingin sekali menghantar karya ke Terfaktab. Agak-agak diterima atau tak? 'Kawan baikku' kata tak perlu, malu dibaca orang, katanya. Ah, kalau fikirkan malu, tiadalah aku berdiri di sini hari ini, sahabat. Malu biar bertempat!





No comments:

Post a Comment