followers comel

Wednesday, 29 August 2012

The 300th liker

Dear diary, 

Today I've been the 300th liker of Valora Qadira Shop page :D Thanks to all who have helped me to like the page :')

At first, I've been given the opportunity to choose which contact lenses that I want as a gift. But then I refused, because I don't wear contact lenses :[ However, the owner offered me to choose any preloved item (that have been mentioned only). There was not much choices, but I ended up choosing a pink shirt as a gift -.-' 


It's okay, although I was hoping a better prize than this :\ At least I got something today, right? Haha 

ps: Eza came today to give some cash as she wanted to have online shopping, but she didn't know how to deal with the blogshop owner. Hehe


Tuesday, 28 August 2012

DressMeUp FashionValet

Since I don't win anything this Syawal, I've decided to try more and more :p

So today, here I go, I joined DressMeUp FashionValet contest!


Simple answer for it;



ps: Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada, at least I tried, kan? ;)


Monday, 27 August 2012

something to say

Dear diary,

It's already 27th August but I'm still stuck here with my ROS report -.- Urghh. InsyaAllah, I'll settle it as soon as possible since Mom had already bought me a ticket back to Shah Alam. Need to say 'goodbye' to Terengganu in just a few days :')

Today I've successfully registered 7 subjects for my third sem. The other subject, BEL, I still can't register it. Need other friends' help on how to solve it :[ I chose Japanese language for my third language, is it okay? I think I'm more interested in Japanese rather than Arabic and Mandarin. Hope to read Manga fully in Japanese after this perhaps? :p

Actually I tried to go to Kuala Berang this morning to solve my own 'problem' but then, there was no my 'rezeki'. There was no taxi at all, oh yeah, there was one, but it was already full. Damn it! :[ I think I need to go out earlier tomorrow so that I can settle all of the matters! 

Oh yes, Eza brought me this, this evening. I'm so touched :') Only two slices of it but still could make me full! :D

Vanilla Coklat, she said :D 
It was superb, I should try to do it by my own! 
*but who gonna eat it? I'm on diet :p

Oh and all my entries for Nestle 100 contest have been published! (but only in Malay, I don't have enough vocab to write in English :[








Just trying my luck :D Who knows, right? I just wanna write, write and write so that the memories will last forever :') 

Okay, that's all. I really enjoy myself reading online horror comics by Junji Ito today :') Wanna buy latest horror comics by Gempak Starz but it seems that I don't have enough time and money to do so. It's still okay, as long as I enjoy myself and do not die in boredom. Hehe :p

ps: Will update later the result! I win nothing this Syawal. Dooodolls contest was the latest one but I don't think it was the ending! ;)


Wednesday, 22 August 2012

Raya?

When people celebrate Raya, I don't feel like I do. 
This year Raya was the worst Raya that I've ever felt. Like seriously T___T



Me.
Just got back from a wedding ceremony on the 3rd Syawal. 
Gained a kilo for Raya?
This is totally not awesome at all! 


I hate feeling like a loser. But I just can't. Every single day I feel like that. Ya Allah, please calm my heart. I just don't want to be unhappy all the time. 

ps: Still got duit Raya even I'm already 20. That was only the best thing bout this Raya. Others, just irrelevant :p




Wednesday, 15 August 2012

sakit.

Seriously, aku benci bila perkara ni jadi macam ni.
Aku tak suka bila hati aku sakit :'(

Okay, aku akan ignore kau lepas ni.
Perjumpaan tu nanti akan jadi yang pertama dan terakhir, sebab aku tak nak jadi sorang yang memungkiri janji.
Janji harus ditepati walaupun perit yang aku rasa :\

ps: Suatu hari nanti bila kau sedar akan kewujudan blog ni, aku harap kau baca semua luahan hati ni. Semua ni sebab kau!


Tuesday, 14 August 2012

Mencurah ke Ladang Gandum

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ini bagai mencurah-curah ke ladang gandum :') Mungkin tampak kecil bagi orang lain, tetapi bagi aku, aku amat menghargai setiap perkara yang diperoleh. Alhamdulillah.

Hadiah contest Dooodolls sudah cukup membuatkan aku tersenyum sampai telinga, ditambah lagi dengan pemberian tafsir al-Qur'an berwarna pink daripada Mak :) Hadiah set alat tulis daripada Teacher Anita Ainan, Mentor Field Experience pun amat menyentuh hati, kerana sepatutnya aku yang terlebih dahulu menghulurkan cenderahati buat beliau :')

Hari ini pula, menerima khabar daripada teman serumah di Shah Alam, bahawa aku menerima cek daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Alhamdulillah, cerpen yang kukirim tempoh hari sudah disiarkan dalam risalah Jendela Timur April 2012, tetapi belum dapat kutatap kerana aku masih belum menerima risalah tersebut.

Semalam aku membantu jiranku untuk menyiapkan esei "Clean State, Healthy Citizens" seperti tahun lepas. Semoga ada rezeki kemenangan buatnya, dapatlah juga aku merasa sepuluh dua puluh ringgit :D Bukannya terlalu berkira, tetapi duit itu, memang suatu benda yang paling penting dalam dunia globalisasi ini. Aku kan suka shopping. Hoho

Acham, teman sekelasku pula bakal melancarkan projek newsletternya yang diberi judul Khalifah Rules bermula semester tiga nanti. Aku sudah menyumbangkan cerpenku buat tatapan semua, moga-moga perancangan Acham itu bakal mendapat sambutan ramai. Beliau juga turut request cerpen bertema sahabat. Setakat ini aku sudah menulis sebuah cerpen, tetapi bukan dalam simpananku :| Mungkin aku perlu godek-godek PC klasik rumah untuk mencari karya-karya yang tersimpan lama. 

ps: Oh ya, ingin sekali menghantar karya ke Terfaktab. Agak-agak diterima atau tak? 'Kawan baikku' kata tak perlu, malu dibaca orang, katanya. Ah, kalau fikirkan malu, tiadalah aku berdiri di sini hari ini, sahabat. Malu biar bertempat!





Sunday, 12 August 2012

Tersirat & Tersurat

Assalamualaikum. 

It's already 2 am tapi mata ni degil, tak nak lelap lagi :\ Hari ni Mak belikan tafsir al-Qur'an warna pink untuk aku. Alhamdulillah :') Akhirnya, tercapai jugak impian nak miliki tafsir al-Qur'an sendiri. Hadiah Ramadan la ni. Hihi. Harap-harap lepas ni rajin lah membaca dan mendalaminya, insyaAllah :')

Lately, aku rasa tak berapa nak seronok. Macam-macam perasaan yang bermain dalam jiwa aku ni. Kacau, kusut, semua ada. Perkara yang paling aku takut dah berlaku :( Cinta lama muncul kembali! 

Honestly, he is a good person. He is a good lover too. I'm glad I used to be in a 'relationship' with him. 

Tapi, kalau bukan kerana satu 'perkara' tu, I won't let him go, seriously. Tapi kalau dah parents tak berapa berkenan tu, I can say nothing. I have to let everything go. Aku dah cuba buat semua tu, sejak masuk asasi lagi. Sebab tu aku sedih sangat-sangat sekarang bila terpaksa menghadapinya sekali lagi :(

Awak, 
kenapa tak nak lepaskan saya? Mesti ke awak tunggu saya? Awak cari la orang lain. Tak sanggup lagi saya nak hampakan awak :\ Saya macam beri harapan palsu setiap kali saya balas mesej awak, saya angkat panggilan awak. Saya bukan kejam sangat, awak tahu kan? 

Awak,
Tahu kan kenapa saya cuba sakitkan hati awak setiap kali kita mesej? Saya bagitahu awak saya crush kat orang tu, saya minat kat orang ni. Just nak buat awak menyampah dan benci saya. Tapi ternyata semua tu tak berjaya. Saya pun tak faham lah apa yang bagus sangat pasal diri saya ni, sampai awak susah sangat nak let go masa silam kita?

Awak,
kalau awak sambung belajar sekarang, saya rasa mesti masih bersama-sama kan? Tapi semua ni dah tersurat. Awak bukan untuk saya. Kita tak ditakdirkan untuk bersama-sama, k? Parents saya takkan benarkan. Abah dah cakap saya mesti cari yang sekufu dengan saya. Mak pun dah selalu sebut pasal belajar, belajar dan belajar. Saya teramat pasti yang awak faham maksud saya kan?

Ya Allah, kuatkanlah hati aku. Tak sanggup rasanya nak menyakitkan hati orang lain lagi. Dalam masa yang sama, I have to find someone. To be a strong reason for me, not to be with you again :'(






Friday, 10 August 2012

Awesome Dreams after Awesome Graduation

Another contest from Dooodolls :D 



What are my awesome dreams after my awesome graduation in 2015? :D 



And my other half wrote:



I wrote from the bottom of my heart :') 

SKILLS WIN YOU MEDALS/PRIZES, ATTITUDE WINS HEARTS :D 

Nite peeps!

Wednesday, 8 August 2012

Pembakar Semangat Semester 3! :D

Assalamualaikum.


Pulang sahaja dari bandar selesai mendapatkan lesen kereta, bibir ini mampu mengukir senyuman. 



Alhamdulillah, hadiah contest daripada Dooodolls telah pun selamat diterima! 





Taraa!

Ada sling bag, sijil penghargaan, fail, pencil case, note book, pen Cupido, buttons dan juga sticker notes

Ya Allah, happy sangat-sangat! :')

Pembakar semangat semester 3! 
Terima kasih Dooodolls, Alhamdulillah Ya Allah.

InsyaAllah aku akan berusaha sehabis daya aku untuk sem 3 nanti, untuk tebus segala kekurangan dan kelemahan lalu. Amin! :D

p/s:


suka sangat sling bag Cupipi ni sebab boleh muat laptop dan macam-macam lagi!
Kat dalam warna pink tau :p
:DD

Saturday, 4 August 2012

Syukur


Kecewa?
Itu bukan lagi perkataan yang menjadi pilihan hidup aku. 
Itu bukan lagi perkataan yang tercoret dalam diari hidup aku :')


Saban hari kita diuji. 
Dan kecewa bukanlah penyelesaiannya.
Aku belajar itu.
Setiap hari aku melalui fasa kematangan.
Alhamdulillah, hari ini aku melalui satu lagi proses kematangan dalam diri aku :')


Aku bermula dengan kosong;
bermula dengan result semester satu yang maha teruk.
Tapi aku bangkit untuk semester dua. 
Walaupun masih tak mencapai tahap idaman kalbu, tapi at least aku survived. 
Aku berjaya buktikan yang aku boleh andai aku MAHU :')


Syukur.
Sesungguhnya banyak lagi yang harus diperbaiki. 
Aku sedar itu. 
Tahniah buat rakan-rakan.
Maaf kalau aku tak sehebat kalian.
Tapi menjadi diri sendiri itu lebih mulia.


Sekian.