followers comel

Monday, 16 July 2012

Ceritera Tahun Pertama

Assalamualaikum.




Alhamdulillah, hari ini aku telah kembali menjejakkan kaki di bumi Terengganu dengan selamatnya :') Rindu! Setelah berhempas-pulas dengan final exam semester dua ini, masa bersama-sama orang tersayang yang ku mahu :D 





Classmates aku yang awesome :D
Sayang korang ketat-ketat! :p


Tahun pertama dalam B.Ed TESL di UiTM Shah Alam, kukira, permulaan yang mencabar bagi aku. Sungguh. Semester pertama yang paling mencabar. Tatkala aku menelusuri semester dua, segalanya, Alhamdulillah, dipermudahkannya. Aku bersyukur :') Walaupun ada dua tiga perkara yang kadang-kadang mengganggu fikiran, tapi semua itu lumrah kehidupan. Banyak perkara yang telah aku pelajari, banyak pengalaman yang telah aku timba :)


Aku bersyukur, kerana semester dua telah menyaksikan, betapa gadis yang dulunya pernah patah semangatnya, kembali bangkit. Tak pernah aku sangkakan bahawa akulah gadis yang bertuah itu. Walaupun selama ini aku sendiri yang selalu mempertikaikan kebolehan, kelebihan dan potensi sendiri, tetapi sebenarnya aku bersyukur, terharu dan berbangga kerana akulah Nur Zulaikha Zailiani itu :') Betapa aku mahu menjadi Nur Zulaikha Zailiani. Mungkin aku kurang di situ, tapi aku lebih di sini. Alhamdulillah :)

Banyak lagi yang belum tercapai sebenarnya. Banyak lagi! Azamku, semester 3 nanti, aku mahu terokai semua potensi yang aku ada! Mengarang? Bermain catur? Berpuisi? Bertaekwondo? Aku mahu semua! Bukan aku gila kuasa atau publisiti, tetapi cuma mahu merasakan betapa bahagia apabila masa yang singkat mampu dipenuhi dengan aktiviti yang impaknya hanya kau yang tahu :D

nota kaki:
#Alhamdulillah, aku dah kurangkan 6 kg daripada berat aku semasa semester pertama :D
#Semester kedua ini, banyak sungguh puisi yang telah disiarkan di akhbar Varsiti, Berita Harian.
#Semester kedua, telah menang peraduan mengarang esei (walaupun belum menerima hadiahnya)
#Semester kedua, telah berjaya naik ke tali pinggang biru dua dalam Taekwondo :D
#pengakhiran semester dua: aku ditawarkan untuk berkarya dalam satu penerbitan :') 



No comments:

Post a Comment