followers comel

Monday, 30 July 2012

Sayang

Siapa tahu define erti sayang?
Siapa pernah rasa perasaan sayang?






Macam sayang seorang abang terhadap adiknya :')

#Maaf, ni gambar curi. Lariiiiiiiiii~ :p 


Bagi aku;

SAYANG bila aku takut kehilangan... 

SAYANG bila aku sentiasa mendoakan kegembiraan seseorang 
biarpun dia bukan milik aku :')

dan..
aku SAYANG kawan-kawanku,
aku SAYANG kenangan kita :') 


Aku tahu aku dah banyak buat silap sebelum ni. 
Aku dah pertaruhkan sebuah nama PERSAHABATAN hanya kerana SAYANG..
SAYANG yang lebih daripada sayang seorang sahabat 

tapi aku bersyukur, kerana sampai saat ini, dia masih sudi terima aku. untuk bergelar seorang kawan baik. bukan mudah. bukan mudah. kalau kau pernah rasa terluka dengan seseorang, tetapi kau sanggup lupakan kepedihan lalu hanya kerana ingin menjaga sebuah persahabatan, kau sangat awesome, okay? :')

Terima kasih KAWAN. sekarang kita KAWAN BAIK kan? 

Saya sayang Awak. Jangan tanya saya lagi apa maksud SAYANG ye?

Replace perkataan SAYANG tu dengan TAKUT UNTUK KEHILANGAN :')

Saya TAKUT UNTUK KEHILANGAN awak :')

Sunday, 29 July 2012

Demam Baju Kurung :D

Assalamualaikum! 

Hari ni dah 29 Julai 2012, iaitu hari kesembilan berpuasa. Alhamdulillah, puasa masih cukup :p Dan hari ni juga telah masuk hari kelima aku menjalani Field Experience di sekolah lama. Tak ada apa-apa yang menarik pun, dan hari ni cuma masuk satu kelas je. Masa selebihnya? Tidur di bilik guru! Mengantuk! -.- Malam ni, pulun habis-habis buat ROS report ye E'ka! 

Oh ya, semenjak dua menjak ni, demam baju kurung tak habis-habis melanda -.- Dan hari ni, terima satu parcel baju kurung lagi, dari Penang :D




A simple baju kurung. 
But I like that corak batik :) 

Beberapa hari yang lalu, aku mengalami kekecewaan yang amat, selepas baju lace hijau yang dibeli dari internet, tak muat! T___T Untuk XS rupanya, sedih betul bila silap tengok saiz ni :'( Daripada disimpan je tak dipakai, jadi aku pun berbarter la dengan someone dari Penang. Dan inilah hasilnya :D Memang ngam-ngam! Alhamdulillah, bentuk badan dah kembali kepada asal. No more obesity after this! :p


ps: Dress ni pun daripada orang yang sama :) Saiz S, hambik kau! Memang padan tapi aku kena kurus sikit lagi la -.- Kawaiinya~ 



Friday, 27 July 2012

Rezeki Ramadan :')



Alhamdulillah :')
Sem 3 nanti boleh lah guna produk Dooodolls ni ke kampus, kan? ;)

Rezeki Ramadan! 
Am I the only Malay among those Chinese winners? :p

ps: I'm the 8th winner! :p



Wednesday, 25 July 2012

FE, parcels & Dooodolls!

Assalamualaikum! 


Today was my 3rd day doing the Field Experience at my previous school, SMK Ajil, and it was really fun! I entered 4 Premier, a little bit late than Madam Anita and it was still okay ;) Hihi 

Then, I received 2 parcels today. Weehooo! Got a pair of nice baju kurung from someone :D And also an awesome jacket and Voir tshirt with affordable prices! Can't wait for next parcels the next days! Hihi 

Talking about Dooodolls, today I joined this contest:


I just joined it for fun. If there's my luck, Alhamdulillah. But if there's not, I enjoyed doing it! ;)

So this was the picture submitted for the contest. Thanks Picasa for this masterpiece. Haha! 


I decided to buy a new sling bag from Dooodolls for my third semester this coming September. Dooodolls products are so cuteeee! I'll spend a lot of money if I find any Dooodolls products! Thanks God because my best friends had given me a medium Droolie before! But still I wanna to add my collection, I wanna have the biggest Droolie after this! InsyaAllah! :D

The conclusion is, I can't wait for tomorrow any longer ;') There might be so much fun to be enjoyed!! 

ps: hope to lose more body masses in Ramadan :')


Sunday, 22 July 2012

Ramadan & pengakuan tulus

Assalamualaikum. 


Salam Ramadan semua :)
Hari pertama Ramadan sudah berlalu dengan jayanya, dan aku rasa bertuah kerana ketemu Ramadan kali ni :D

Seronok sebab Mak belanja sepasang wedges & beg tangan baru. Penangan Field Experience memang terasa la :') Haha. Ni bukan praktikum lagi tau, pre-praktikum pun bukan. Ni untuk subjek Field Experience sem depan. 

Dah bayar baju kurung lace, jaket dan tshirt yang dibook haritu. Rasa lega sekejap, tapi tadi dah mula book satu cardigan dengan dress pulak -.- Alahai. Mana nak korek duit ni E'ka oooi?

p/s: saya susah tahan nafsu bila tengok dress & baju comel2. kalau dapat suami kedekut memang susah hidup saya. kihkihkih

Monday, 16 July 2012

Ceritera Tahun Pertama

Assalamualaikum.




Alhamdulillah, hari ini aku telah kembali menjejakkan kaki di bumi Terengganu dengan selamatnya :') Rindu! Setelah berhempas-pulas dengan final exam semester dua ini, masa bersama-sama orang tersayang yang ku mahu :D 





Classmates aku yang awesome :D
Sayang korang ketat-ketat! :p


Tahun pertama dalam B.Ed TESL di UiTM Shah Alam, kukira, permulaan yang mencabar bagi aku. Sungguh. Semester pertama yang paling mencabar. Tatkala aku menelusuri semester dua, segalanya, Alhamdulillah, dipermudahkannya. Aku bersyukur :') Walaupun ada dua tiga perkara yang kadang-kadang mengganggu fikiran, tapi semua itu lumrah kehidupan. Banyak perkara yang telah aku pelajari, banyak pengalaman yang telah aku timba :)


Aku bersyukur, kerana semester dua telah menyaksikan, betapa gadis yang dulunya pernah patah semangatnya, kembali bangkit. Tak pernah aku sangkakan bahawa akulah gadis yang bertuah itu. Walaupun selama ini aku sendiri yang selalu mempertikaikan kebolehan, kelebihan dan potensi sendiri, tetapi sebenarnya aku bersyukur, terharu dan berbangga kerana akulah Nur Zulaikha Zailiani itu :') Betapa aku mahu menjadi Nur Zulaikha Zailiani. Mungkin aku kurang di situ, tapi aku lebih di sini. Alhamdulillah :)

Banyak lagi yang belum tercapai sebenarnya. Banyak lagi! Azamku, semester 3 nanti, aku mahu terokai semua potensi yang aku ada! Mengarang? Bermain catur? Berpuisi? Bertaekwondo? Aku mahu semua! Bukan aku gila kuasa atau publisiti, tetapi cuma mahu merasakan betapa bahagia apabila masa yang singkat mampu dipenuhi dengan aktiviti yang impaknya hanya kau yang tahu :D

nota kaki:
#Alhamdulillah, aku dah kurangkan 6 kg daripada berat aku semasa semester pertama :D
#Semester kedua ini, banyak sungguh puisi yang telah disiarkan di akhbar Varsiti, Berita Harian.
#Semester kedua, telah menang peraduan mengarang esei (walaupun belum menerima hadiahnya)
#Semester kedua, telah berjaya naik ke tali pinggang biru dua dalam Taekwondo :D
#pengakhiran semester dua: aku ditawarkan untuk berkarya dalam satu penerbitan :') 



Monday, 9 July 2012

Contest lagi! :p

Aku sekarang dalam gap menunggu paper Sociology pula.
Kau tahu kan aku memang tak boleh duduk diam?
Ada saja contest yang aku join. Ah, persetankan! 




Hari tu aku sudah kecewa dengan tiket wayang yang sudah invalid. Kali ni apa lagi?
Aku kan opportunis! Rembat la peluang selagi ada! 




Aku mungkin bukan penulis yang baik, namun apa-apa yang aku coretkan, semuanya lahir dari hati. 


Hanya mereka yang tahu, akan tahu. Hanya jauhari yang kenal manikam.
Sekian. 

Sunday, 8 July 2012

Masanya hampir tiba

Kau tahu bagaimana rasa
apabila masanya hampir tiba?


Untuk jadi apa yang kau ingin jadi
daripada jadi apa yang orang mahu kau jadi?


Kau tahu betapa bahagia aku
menunggu peluang sebegini untuk datang mendakapku?


:')



Aku kan opportunis, haruslah ambil kesempatan ini :')
4 cerpen lagi yang harus disiapkan. Gambatte! 

:p

Friday, 6 July 2012

Madah Cinta

Cuba nasib tulis Madah Cinta :p
Mana tahu kot-kot ada rezeki sebelum habis Final Exam kan? 




Maaflah, aku bukan pandai sangat bermadah-madah cinta ini. Bercinta pun tak :p


Sengaja aku printscreen semasa komen berjumlah 21. Aku suka nombor itu. Tarikh kelahiranku. 




Metafora Dinihari

Assalamualaikum *salam buat diri sendiri kerana aku tahu tiada siapa yang membaca :P Jika ada, terima kasih*

Lama sudah kuabaikan ruang hitam gadis sepi, untuk secebis karya yang mengisi hari-hari mendung. Ah, entah kenapa semuanya kini seakan-akan menerawang di angkasa. Minatku, cintaku; semuanya sudah berterbangan pergi, meninggalkan aku terkebil-kebil, terperangkap di duniaku sendiri. 

Kadang-kadang aku mencari erti, mencari identiti diri. Tetapi semakin jauh aku cuba menelusuri hati ini, aku mulai mengalah. Kerana aku tidak ketemu jalan masuk, apatah lagi jalan keluar. Aku buntu. 

Aku seolah-olah berada di sebuah pulau yang cukup asing. Entah bila kunaiki kapal, lantas karam, lalu aku terdampar di sini. 

Aku tak punya sesiapa di pulau yang cukup asing ini. Aku perlu berdikari untuk terus hidup. Hati perlu kental. Aku terpaksa. Jika tidak, sudah tentu aku mati kebuluran, mati kehausan. Sedangkan lautan terdampar luas di hadapanku, dan buah-buahan segar tumbuh di sekelilingku. 

Setiap ketika aku berdoa agar ada kapal yang melintasi pulau terpencil ini; moga-moga ada kelasi yang memerhati bahawa ada seorang manusia yang terkapai-kapai di sini, berharap untuk pulang ke dunia asal. Tetapi hampa. 

Bahkan hari demi hari aku menunggu, sehinggakan wajahku sudah ditakluki jambang *hmm, hormon tak stabil*, namun kapal yang kutunggu, kunanti, tidak kunjung tiba. 

Aku menangis, menangis dan menangis. Namun air mata darah tidak pernah mengalir, kerana jauh di lubuk hatiku, aku masih percaya suatu masa, aku akan kembali ke dunia nyata.

Malas mengerah keringat untuk terus mengalirkan air mata, kukumpulkan ranting-ranting kayu, lantas kunyalakan unggun untuk menemani malam sunyiku.




Monday, 2 July 2012

A day before Syntax :p

Today is 2nd July.
And tomorrow is 3rd July.
Syntax paper tomorrow! -.-


Okay, stay calm, E'ka.
Alhamdulillah, thank you Allah for your blesses every single day! 




I'm totally happy! 
It has been awhile that I haven't joined any contest. Hewhewhew :3


These invalid movie tickets (it's okay :p), I'll keep as a memory.
Will strive harder in the future, to get more, more and MORE prizes for free! 


p.s: dear future husband, I hope you'll understand your future wife's obsession. LOL! 

I trust my instinct, because it is from Allah. And I feel you are meant for me. InsyaAllah :') But if you're not, I won't regret having this feeling!