followers comel

Tuesday, 22 May 2012

mengertilah

Kalau aku tiba-tiba senyap
dalam satu pertelingkahan 
bukannya aku sudah kalah 
mengertilah
aku cuma tak mahu
situasi menjadi semakin buntu


Kalau aku tiba-tiba menjauh 
dalam satu perhubungan 
mengertilah 
bukannya aku sudah tawar hati 
aku cuma mencari ruang dan peluang 
untuk membaiki diri 


Kalau aku tiba-tiba bersendiri 
di tengah-tengah ramai
mengertilah 
bukannya aku mahu menjadi kera sumbang 
aku cuma mahu menjadi pendengar dan pemerhati 
yang terhebat 


Kalau aku tiba-tiba menolak 
hidangan masakanmu yang lazat 
mengertilah 
bukannya aku mahu mempertikai skilmu itu
aku cuma mahu kekal 
dengan apa yang sedang diusahakan kini :p


Kalau aku tiba-tiba bersemangat 
untuk melakukan sesuatu tak seperti sebelumnya
mengertilah
bukannya aku hanya berhangat-hangat tahi ayam 
aku cuma mahukan bara api semangat itu
terus menyala 


Kalau aku tiba-tiba jatuh cinta 
dengan seseorang hingga mengubah aku menjadi lebih baik
mengertilah
bukannya aku sengaja mengada-ngadakan 
aku cuma mahu menegaskan 
itu petanda daripada Tuhan


Kalau tiba-tiba ini ialah post blogku 
yang terakhir 
mengertilah 
bukannya aku sengaja untuk menoktahkannya
aku cuma mencoretkan perkara yang terbuku di lubuk hati


Maafkan aku semua, 
aku cuma manusia biasa,
yang selalu tak bisa lari daripada silapnya kata,
maafkan aku atas segala,
semoga kalian berbahagia

No comments:

Post a Comment