followers comel

Friday, 25 May 2012

hei

hei
aku tahu ini ridiculous
aku tahu ini tak masuk akal
aku tahu ini terlalu cepat
aku tahu ini terlalu mengharap

hei
sudah lama aku tak berasakan ini
pandangan kali pertama sudah buat aku rasa lain

hei
aku tahu kau tak pernah memandang aku lebih
aku tahu kau tak pernah menganggap aku lebih
kita tak pernah berbicara,
masakan semudah itu untuk jatuh cinta?

Ahh, ini ridiculous!
aku sanggup menunggu seminggu
asal dapat menatap kamu
tapi bila bersua
rasa macam mahu lari saja
jadi harus bagaimana?

Hei
kata-katamu malam ini sungguh menusuk kalbu
tapi dalam masa yang sama
aku rasa mahu muntah saja -.-
katamu, mahu menamatkan zaman bujangmu
oh mungkin,
kamu sudah punya pacar ya?
untung lah kamu :p

Hei
aku tahu kamu tak tahu
dan kamu takkan tahu
dan juga takkan ambil tahu
bahawa
aku sudah jatuh hati pada kamu

ah ridiculous lagi -.-
tolong jangan buat aku nervous, boleh?
aku benci nervous
bila tengok kamu aku nervous :\

hei
aku tahu usahlah berharap
kerana terlalu mengharap buat aku rasa sakit

ahh, sakit itu akan hilang bila tengok kau senyum
serius, aku tak pernah rasa ini

terima kasih Tuhan,
kerana beri rasa yang cukup indah

ahhh hentikan ridiculous ini!!!!1

No comments:

Post a Comment