followers comel

Sunday, 6 May 2012

Berlalu pantas

Assalamualaikum. 


Lama betul tak update blog. Tadi blogwalking ke blog Yasmin Khairani kejap, baru sedar yang dah lama aku menyepi, tak taip sesuatu pun kat sini. Well, aku sekarang dah belajar untuk simpan semua dalam hati. Hehe. 

Minggu ni minggu yang hectic bagi aku. Dengan 2 presentations dan 2 tests, Alhamdulillah, aku lega sebab mampu buat yang terbaik, walaupun aku masih rasa yang semua tu masih ada ruang untuk diperbaiki. 

Sem 2 ni, aku cuba enjoy diri aku dalam apa-apa yang aku lakukan :) Alhamdulillah, sejak duduk rumah sewa ni, aku rasa lebih tenang nak belajar berbanding duduk Mawar yang bising tu. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Banyak hikmahnya. Hari ni pun keluar jalan-jalan kejap sebab kononnya nak reward diri sendiri. Sekali-sekala, apa salahnya kan? Hihi 

Sebenarnya memang banyak masa yang terbuang, yang aku tak gunakan seoptimumnya. Banyak betul habis depan laptop, mengadap social networking yang makin lama makin membosankan ni. Terdetik gak di hati ni nak deactivate je semua ni. Tapi memikirkan banyak info fasal study kat sini, so aku hold on dulu. Yang penting kena kuat kat dalam.

Alhamdulillah jugak, lately aku dah makin konsisten dalam berdiet. Hehe. Alhamdulillah. Semua ni perlukan usaha. Rasa seronok jugak bila saiz jeans dah makin menurun. Walaupun perubahan ni sedikit, tapi jika konsisten, InsyaAllah, hasilnya dapat aku tuai nanti :p Terima kasih semua, sebab faham apa yang sedang aku lakukan sekarang.

Sekarang, aku tak harapkan apa-apa lagi. Aku senang dengan hidup aku, dengan cara aku. Aku tak nak kongkong hidup orang lain sebagaimana aku tak mahu hidup aku dikongkong. Dan juga masih single, masih tak ketemu Yusufku. InsyaAllah, suatu hari nanti :)

p/s: menulis puisi berjudul Mencari Yusuf. Cerpen Mencari Yusuf akan menyusul kemudian. Novel? Entahlah. Mungkin aku perlu menukar strategi. 


1 comment: