followers comel

Friday, 30 March 2012

Apabila hati berbicara

Mood nak berblogging makin lama makin pudar. Assignments, presentations dan tasks makin lama makin berlambak. Nampak tak hipotesis di situ? -.-'

Aku tahu tak semua kita boleh tulis dalam blog dan publish. Tapi ni blog aku, ikut suka hati aku lah nak tulis apa-apa pun kan? Hehe. Kalau rasa menyampah boleh tekan X kat penjuru sebelah kanan komputer anda okay? :)

Hari ni ada pro dan kontra. Ada benda baik, ada benda buruk yang terjadi. Lumrah kehidupan la tu kan?

Berita baik, sajak aku tersiar lagi dalam Berita Harian hari ni. Alhamdulillah. At least, ada la jugak achievement aku dalam kesibukan yang sentiasa menghambat ni -.-'

Berita buruk? -.-' Tadi masa syok sangat berlari keliling gelanggang tenis masa latihan taekwondo, tiba-tiba kulit kaki kiri terkoyak :'( Sakit, tapi paksa jugak diri untuk buat turning kick kat kicking pad. Kesudahannya, jatuh terduduk depan semua orang. Waktu tu tak rasa malu pun. Sakit pun tak rasa. Siap mintak nak buat sekali lagi, sampai semua orang tepuk tangan. Ya Allah, kental jugak aku ni walaupun hati rapuh macam kaca :')

Tahu tak kenapa aku nak kurus sangat-sangat? Tahu tak kenapa aku berusaha sugguh-sungguh nak dapatkan balik berat badan 48 kg (atau kurang lagi)? Sebab aku minat gila Taekwondo. Aku suka. Aku tahu kawan-kawan terdekat aku macam tak faham obsesi aku ni. Takpe, aku boleh terima. Aku terima diri aku sebagai orang yang unik. Tak perlu nak faham aku sebab aku rasa macam hipokrit sangat bila kau cuba faham aku. Tadi Sir tanya aku aku dah naik badan ke sekarang? Sebab badan atlet ni kan biasanya fit, tak gemuk :'( Yup, aku admit. Salah aku sebab tak jaga badan. Dan hal tu jugak membuatkan self-esteem aku menurun :'( 
#Ya Allah, sedih gila kot :'( :'( :'(

Lepas tu pulak, tiba-tiba je ternampak someone dalam group taekwondo tu yang betul-betul macam dia, cuma lebih kurus. Ya Allah, berat sungguh dugaan ni. Terus mood nak bertaekwondo hilang sebab setiap kali aku tengok dia, hati ni jadi sedih dan sayu :'( Masa kaki aku terkoyak tadi, dia datang jugak dekat dengan aku, cuba nak calm down kan aku. Ya Allah, caring gila :) Kenapa la waktu ni kau nak caring? Kenapa la kan? Kau tahu tak aku pernah mimpikan ex aku dalam uniform taekwondo, selamatkan aku daripada penjahat? Tiba-tiba hari ni aku nampak kau dalam uniform taekwondo, sama macam dalam mimpi aku? :0

p/s: tiba-tiba mood hilang. rasa macam tak nak bercakap seminggu. Ya Allah, sesungguhnya Kau lebih tahu apa yang aku rasa sekarang :'(



No comments:

Post a Comment