followers comel

Friday, 30 March 2012

Apabila hati berbicara

Mood nak berblogging makin lama makin pudar. Assignments, presentations dan tasks makin lama makin berlambak. Nampak tak hipotesis di situ? -.-'

Aku tahu tak semua kita boleh tulis dalam blog dan publish. Tapi ni blog aku, ikut suka hati aku lah nak tulis apa-apa pun kan? Hehe. Kalau rasa menyampah boleh tekan X kat penjuru sebelah kanan komputer anda okay? :)

Hari ni ada pro dan kontra. Ada benda baik, ada benda buruk yang terjadi. Lumrah kehidupan la tu kan?

Berita baik, sajak aku tersiar lagi dalam Berita Harian hari ni. Alhamdulillah. At least, ada la jugak achievement aku dalam kesibukan yang sentiasa menghambat ni -.-'

Berita buruk? -.-' Tadi masa syok sangat berlari keliling gelanggang tenis masa latihan taekwondo, tiba-tiba kulit kaki kiri terkoyak :'( Sakit, tapi paksa jugak diri untuk buat turning kick kat kicking pad. Kesudahannya, jatuh terduduk depan semua orang. Waktu tu tak rasa malu pun. Sakit pun tak rasa. Siap mintak nak buat sekali lagi, sampai semua orang tepuk tangan. Ya Allah, kental jugak aku ni walaupun hati rapuh macam kaca :')

Tahu tak kenapa aku nak kurus sangat-sangat? Tahu tak kenapa aku berusaha sugguh-sungguh nak dapatkan balik berat badan 48 kg (atau kurang lagi)? Sebab aku minat gila Taekwondo. Aku suka. Aku tahu kawan-kawan terdekat aku macam tak faham obsesi aku ni. Takpe, aku boleh terima. Aku terima diri aku sebagai orang yang unik. Tak perlu nak faham aku sebab aku rasa macam hipokrit sangat bila kau cuba faham aku. Tadi Sir tanya aku aku dah naik badan ke sekarang? Sebab badan atlet ni kan biasanya fit, tak gemuk :'( Yup, aku admit. Salah aku sebab tak jaga badan. Dan hal tu jugak membuatkan self-esteem aku menurun :'( 
#Ya Allah, sedih gila kot :'( :'( :'(

Lepas tu pulak, tiba-tiba je ternampak someone dalam group taekwondo tu yang betul-betul macam dia, cuma lebih kurus. Ya Allah, berat sungguh dugaan ni. Terus mood nak bertaekwondo hilang sebab setiap kali aku tengok dia, hati ni jadi sedih dan sayu :'( Masa kaki aku terkoyak tadi, dia datang jugak dekat dengan aku, cuba nak calm down kan aku. Ya Allah, caring gila :) Kenapa la waktu ni kau nak caring? Kenapa la kan? Kau tahu tak aku pernah mimpikan ex aku dalam uniform taekwondo, selamatkan aku daripada penjahat? Tiba-tiba hari ni aku nampak kau dalam uniform taekwondo, sama macam dalam mimpi aku? :0

p/s: tiba-tiba mood hilang. rasa macam tak nak bercakap seminggu. Ya Allah, sesungguhnya Kau lebih tahu apa yang aku rasa sekarang :'(



Wednesday, 28 March 2012

Something to Gain in March! :)


Thank you Trendy Shawl :D 
This time I won a mini skirt, to be worn with jeans :)



A Fashion Story gave me RM4 coupon, but I still don't know what to buy -.-'



Bookmarks from Comelnya Teddy Bear Nih have arrived at home yesterday :)



My poem has been published in Varsiti Berita Harian on 22nd March 2012 :) 


That's all.
Sorry for rarely updating my blog -.-' 
Being too busy with assignments, presentations and other things. 

Oh yeah, I've lost 3 kg's in this month :D

Friday, 2 March 2012

Terima kasih Berita Harian :')

Assalamualaikum. 

Entry yang kedua untuk 1 Mac :D Hehe. Petanda permulaan baik untuk Semester 2, mungkin? ;)   Lepas Mak balik sekejap tengah hari tadi, terus aku tanya, beli paper tak hari ni? Takut jugak kalau Mak tak beli macam minggu lepas -.-' 

Aku dah macam berebut dengan Abah dah nak baca paper, tapi yang aku utamakan mestilah akhbar Varsiti, yang terselit kat tengah-tengah Berita Harian. 

Alhamdulillah, hari ni sajak yang aku hantar dua minggu lepas dah tersiar. Terima kasih Berita Harian! Percubaan pertama hantar ke Varsiti amat membuahkan hasil ;')


Memandangkan aku suka berkarya dan ilham biasanya datang mencurah-curah tanpa mengira masa, jadi aku telah mewujudkan satu blog, khas untuk karya-karya aku. Tapi, say no to plagiarism k! Haha 

p/s: berusaha untuk berkarya lebih banyak dalam 2012 ni. InsyaAllah :D 


Thursday, 1 March 2012

Selamat Datang Mac :)

Assalamualaikum. 

Sejak kehilangan blackfipper.blogspot.com, aku mula mencurahkan rasa di ekazulaikha21.blogspot.com ni. Alhamdulillah, agak banyak perkara yang bermakna dalam hidup aku dapat aku catatkan kat sini :') InsyaAllah, aku akan jaga blog ni baik-baik #heaven kan bila baca balik post yang lama-lama? :) 

Hari ni dah 1 Mac 2012, hari terakhir untuk aku menikmati keseronokan kat rumah. Malam esok aku dah berangkat balik ke Shah Alam, flight pukul 8.45 malam. Ehem. Adik aku ada kat rumah ni, balik dari asrama sebab demam. Demam sebab tahu Kak E'ka dia dah nak balik Shah Alam lettew. So shweet. Haha #padahal memang demam betul-betul pun -.-'

Babai Arif, Mak & Abah :')
E'ka akan buat yang lebih baik Sem 2 ni :)


Semalam jugak aku baru daftar kokurikulum, wajib untuk pilih mana-mana kelab/persatuan. Aku pilih taekwondo! :) Hmm, rindunya nak bertaekwondo. Sebenarnya aku dah ada basic pun dalam taekwondo dan sekarang dah blue belt. Tapi disebabkan dah lama tak training, jadi stamina aku lemah sikit :| Tapi takpe kan, lama-lama bila dah involve balik, insyaAllah badan akan biasa semula kan? ;)


Dan, dan, dan..jadual untuk sem 2 memang agak pack sikit :'( Dan..tak ada one day off macam masa sem 1 dulu..huwaaa.. #belajarlah bersyukur wahai E'ka! 




Tak pandai nak buat jadual, jadi macam ni la haa :'(

Nak tahu tak macam mana hebatnya sem 2 ni untuk aku? Hari khamis, kelas terakhir sampai pukul 6 petang. Taekwondo pulak start pukul 8 malam di kampus induk! Dah lah sekarang dah stay kat luar. Memang kena travel segala bagai la kan. Tengok pulak jadual hari Jumaat macam mana. 8.30 pagi dah start kelas =.=

Ya Allah, beri aku kekuatan! #Sebenarnya hari Selasa dan Rabu tak pack pun kan? Alhamdulillah. Cuma.. *kenapa mesti ada cuma?* ..kenapa kelas mesti habis pukul 6 petang? 

p/s: aku sedang cuba rangka study plan. Sem 2 memang aku nak pulun habis-habis, nak 'balas dendam' sem 1. dan aku langsung tak kemas lagi barang-barang. danggg *hempas bantal



Shawls To Love Giveaway Contest 2012 :D

Assalamualaikum.
Hi readers :D 

Today I want to join another contest which is;
SHAWLS TO LOVE GIVEAWAY CONTEST! 



Interested to join? ;)
Well, you can go to their FACEBOOK or BLOG to get started! :D

As Muslim women, it is compulsory to cover our 'aurat' perfectly. Nowadays, we can still be fashionable even though we wear hijab and SHAWLSTOLOVE   provides some choices of hijab that can add sense of style to women's wear. 



Examples of shawls at SHAWLSTOLOVE :D 


Me - wearing a leopard printed shawl. 
Maybe after this I can get new shawls from SHAWLSTOLOVE? 
Who knows? :D 

No need to worry much to shop at SHAWLSTOLOVE because all shawls there are sold in affordable prices to be compared with other blog shop! So, what are you waiting for? Lets visit SHAWLSTOLOVE now to love their gorgeous shawls! :)


p/s: I'm tagging Yasmin Khairani, Cik Kim, Irdina Alias & all who read my entry. Happy shopping girls! :D