followers comel

Thursday, 1 March 2012

Selamat Datang Mac :)

Assalamualaikum. 

Sejak kehilangan blackfipper.blogspot.com, aku mula mencurahkan rasa di ekazulaikha21.blogspot.com ni. Alhamdulillah, agak banyak perkara yang bermakna dalam hidup aku dapat aku catatkan kat sini :') InsyaAllah, aku akan jaga blog ni baik-baik #heaven kan bila baca balik post yang lama-lama? :) 

Hari ni dah 1 Mac 2012, hari terakhir untuk aku menikmati keseronokan kat rumah. Malam esok aku dah berangkat balik ke Shah Alam, flight pukul 8.45 malam. Ehem. Adik aku ada kat rumah ni, balik dari asrama sebab demam. Demam sebab tahu Kak E'ka dia dah nak balik Shah Alam lettew. So shweet. Haha #padahal memang demam betul-betul pun -.-'

Babai Arif, Mak & Abah :')
E'ka akan buat yang lebih baik Sem 2 ni :)


Semalam jugak aku baru daftar kokurikulum, wajib untuk pilih mana-mana kelab/persatuan. Aku pilih taekwondo! :) Hmm, rindunya nak bertaekwondo. Sebenarnya aku dah ada basic pun dalam taekwondo dan sekarang dah blue belt. Tapi disebabkan dah lama tak training, jadi stamina aku lemah sikit :| Tapi takpe kan, lama-lama bila dah involve balik, insyaAllah badan akan biasa semula kan? ;)


Dan, dan, dan..jadual untuk sem 2 memang agak pack sikit :'( Dan..tak ada one day off macam masa sem 1 dulu..huwaaa.. #belajarlah bersyukur wahai E'ka! 




Tak pandai nak buat jadual, jadi macam ni la haa :'(

Nak tahu tak macam mana hebatnya sem 2 ni untuk aku? Hari khamis, kelas terakhir sampai pukul 6 petang. Taekwondo pulak start pukul 8 malam di kampus induk! Dah lah sekarang dah stay kat luar. Memang kena travel segala bagai la kan. Tengok pulak jadual hari Jumaat macam mana. 8.30 pagi dah start kelas =.=

Ya Allah, beri aku kekuatan! #Sebenarnya hari Selasa dan Rabu tak pack pun kan? Alhamdulillah. Cuma.. *kenapa mesti ada cuma?* ..kenapa kelas mesti habis pukul 6 petang? 

p/s: aku sedang cuba rangka study plan. Sem 2 memang aku nak pulun habis-habis, nak 'balas dendam' sem 1. dan aku langsung tak kemas lagi barang-barang. danggg *hempas bantal



No comments:

Post a Comment