followers comel

Wednesday, 29 February 2012

Menghitung Hari :)

Assalamualaikum. 

Dalam masa beberapa hari je lagi, aku akan berangkat pulang ke Shah Alam, tempat aku menimba ilmu. Tiket bas sudah pun dibeli, dan sekarang hanya menghitung hari untuk memulakan perjuangan baru!

Ni gambar dalam bilik 1B-03-06 yang selalu kena intai pencuri tu -.-
Gonna miss this room T_____T 

Hmm, barang-barang pun tak kemas lagi ni. InsyaAllah akan dilangsaikan hari ni :) Sekarang aku cuba rangka plan pembelajaran aku sebaik mungkin supaya kejadian-kejadian yang tak diingini semasa semester 1 takkan berulang lagi. Sebenarnya sangat susah untuk mendisiplinkan diri sendiri! 


Keadaan meja study amat aku titikberatkan :)
Apabila meja dalam keadaan kemas, rasa seronok dan tenang je nak study, kan?
Si Droolie teman yang setia :D 

Sebenarnya aku tak dapat nak jangka pun situasi kat rumah sewa nanti macam mana. Aku harap keadaan akan jadi sekondusif yang mungkin untuk aku belajar dan menikmati hidup sebagai remaja. Wah, gitu. Sem 2 ni takkan aku bazirkan begitu saja. Aku akan kembali, aku akan bangkit! Aku akan berusaha lakukan yang terbaik! No more regret

SEMESTER 2; WAIT FOR ME!! :D



No comments:

Post a Comment