followers comel

Monday, 27 February 2012

Kuatkan Semangat, Adikku :')

Assalamualaikum. 

Semalam Adik kesayangan aku balik rumah sekejap, outing katanya. Orang lain keluar jalan-jalan, dia balik rumah je kerjanya. Maklumlah, rumah dekat =P

Adik memang rajin. Balik rumah je, buka laptop, terus print macam-macam. Untuk hias dorm katanya. Dah berbelas-belas kali dorm dia menang anugerah dorm terbaik. Tahniah, Adik. Kekalkan prestasi k? Tahun ni cuba dapatkan anugerah Ketua Dorm Terbaik lagi okay?


Gambar masa Aidilfitri 2011 dengan Mak kesayangan :') 


Tahun ni Arif akan ambil PMR. Good luck, dear. Buat yang terbaik ye? Usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan 8A, balas jasa Mak & Abah. Kak E'ka tahu Arif boleh buat. Sebab Arif seorang yang rajin dan kental. Kak E'ka ingat kan sebagai anak bongsu, Arif mesti tak nak duduk jauh daripada Mak dan Abah, tapi Kak E'ka silap. Arif sendiri yang berminat untuk ke sekolah berasrama penuh. I'm so proud of you, dear. Walaupun result TOV hari tu tak berapa memberangsangkan, tapi ambil semua tu sebagai cabaran. Kak E'ka knows you can face it and do better :)

 Semalam pergi SAHUT, lupa nak snap gambar :|

Sedih pulak sebab dalam beberapa hari saja lagi, Kak E'ka akan balik semula ke Shah Alam. Rasa macam sekejap je boleh jumpa dengan Arif :'( Takpe lah Adikku, I have to be strong as you need to be :) Kuatkan semangat ya Adikku? Kak E'ka doakan Arif akan sentiasa cemerlang dunia dan akhirat. Amin. 

p/s: birthday Arif 28 Mac ni. hmm, kalau ada duit lebih, adalah present. sedih kan? but InsyaAllah, if you get 8A's, there will be something for you! ;)



No comments:

Post a Comment