followers comel

Friday, 3 February 2012

Coretan Dia :)


Nur Zulaikha Zailiani : 20 Tahun


by Yasmin Khairani on Thursday, February 2, 2012 at 10:57pm


Bajet je tajuk tu. Kekonon judul buku Biografi kan. HAHAHA. Kata anak dara tunggal novelis.

MARI KITA IMBAS SEMULA SEJARAH PERTEMUAN KAMI.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba datang seorang gadis bernama Nur Zulaikha Zailiani datang menghampiri si gadis manis Nazima dan Yasmin. Katanya, mahu menyertai kumpulan kami untuk satu tugasan subject College Reading Skills. Hmm, aku berfikir sejenak. Kenapa tiba-tiba mahu menyertai kami? Siapa lah kami, bukan lah orang penting pun. Maklum saja lah, si gadis itu bukan calang-calang orangnya. Agak dikenali di UiTM Kuantan itu. Sedangkan kami, cuma si gadis yang biasa. Terlalu biasa.

Hasrat si gadis kami tunaikan. Kebetulan kumpulan kami sememangnya kekurangan ahli. Seorang sudah berpindah ke Institut Pendidikan Guru, seorang lagi belum tentu mahu memberi komitmen seadanya. Aku menghela nafas lega. Syukur ke hadrat Illahi, di saat aku dihimpit dugaan sebegini, Allah datangkan seorang gadis buat kami berdua. Si gadis yang datang untuk menghulurkan bantuan. Syukur. Tiada kata lagi yang mampu aku ucapkan.

Perkenalan kami terus erat, dari hari ke hari kami semakin senang bersama. Kadang-kadang, makan bersama. Tapi aku masih segan terhadap si gadis. Takut juga orang menganggap aku menumpang populariti si gadis. Aku tak mahu begitu. Aku tak mahu orang menganggap aku mengambil kesempatan terhadap si gadis. Aku lebih senang berlagak bersahaja biarpun cuma aku dan Nazima yang tahu betapa kami senang bersamanya.

Hari berganti hari, persahabatan kami terus utuh. Dek kerana tugasan "Song Value" yang memerlukan kami banyak meluangkan masa bersama, persahabatan kami bertambah erat.

Sungguh Allah Maha Adil, kami dapat menyelesaikan tugasan "Song Value" dengan penuh bersemangat. Walaupun kurang tidur kerana menyiapkan video pembentangan, namun kami puas. Puas dapat memberikan yang terbaik buat semua. Alhamdulillah, itu usaha kami bersama.

Kami banyak habiskan masa bersama. Selalunya di East Coast Mall, untuk mengurangkan tekanan. Bagi aku, makanan itu terapi yang baik. Tapi tak dapat mengatasi ketenangan dari Sang Pencipta. Itu ketenangan abadi.

Aku tahu, langit tak selalunya cerah. Kadangkala, ada sesuatu yang perlu kita tempuh. Yang pasti, akan ada dugaan yang menguji seutuh mana tali tersahabatan kita.

Pernah suatu hari, ketika pameran PIKOM PC FAIR berlangsung di Kuantan, kami bercadang untuk mengunjunginya bersama. Aku terlalu gembira, masakan tidak, dapat meluangkan masa bersama Nazima dan si gadis. Teman sebilikku juga ada bersama, Syamira. Kami berempat bergerak ke Zenith Hotel, tempat dimana PIKOM PC FAIR berlangsung.

Setelah puas memerhati barang-barang di PC FAIR, aku dan Nazima mengambil keputusan untuk keluar dari pameran tersebut. Niat dihati ingat mengunjungi East Coast Mall, menjamu selera bersama. Tiba-tiba, aku mendapat panggilan dari teman sebilikku, Syamira yang mengatakan kepulangannya ke asrama. Aku akur, mungkin Syamira punya hal mustahak. Tak tergamak rasanya aku menghalang kepulangannya. Aku beranggapan si gadis mungkin telah pulang bersama Syamira. Tambahan pula, mereka memang berjalan bersama semasa di pameran komputer tadi.

Persahabatan kami diuji lagi, Nazima tiba-tiba mendapat panggilan dari si gadis yang menyatakan si gadis sedang menunggu kami di perkarangan Zenith Hotel. Si gadis sedang menunggu kami dalam masa yang sangat lama. Aku dihimpit rasa bersalah. Aku dan Nazima berjalan bersama di East Coast Mall, sedangkan si gadis kepenatan menunggu kami di Zenith Hotel keseorangan.

Aku tahu, si gadis kecil hati dengan tindakan kami. Mungkin si gadis merasakan aku dan Nazima mengabaikan si gadis. Jujur aku katakan di sini, aku benar-benar tidak tahu si gadis menunggu aku di perkarangan Zenith Hotel. Si gadis tersinggung, dibawa lara itu pulang ke asrama. Tanpa sepatah kata, si gadis membawa diri keseorangan. Rajuknya bukan main-main.

Aku tersentak. Sampai hati si gadis menanggap aku dan Nazima meninggalkannya. Tidak terdetik pun di hati kami untuk membiarkan si gadis berseorangan. Hanya Allah yang tahu apa yang kami rasakan. Sedih, kecewa, risau semuanya bercampur. Bagaimana kepulangan si gadis ke asrama? Moga-moga semuanya selamat.

Alhamdulillah, persahabatan yang dibina atas rasa ikhlas kerana Allah Taala insyaAllah akan sentiasa diberkati. Si gadis juga manusia, punya perasaan. Bukan lah suatu perkara yang aneh sekiranya di gadis tersinggung dengan tindakan kami. Maafkan kami si gadis. Sesungguhnya kami tidak tahu langsung keberadaan si gadis di perkarangan Zenith Hotel itu.

Si gadis kini boleh tersenyum bangga dengan apa yang dikecapinya kini. Mudah-mudahan Bachelor of Education (Hons) in TESL menjadi miliknya dalam tempoh kurang 4 tahun dari sekarang. Insya-Allah.

 21 Januari 2012, genap 20 tahun si gadis di bumi Allah ini. Hari ini, sudah hampir 2 tahun bersahabatan kami. Syukur, pesahabatan kami masih utuh. Semoga tali persaudaraan yang dibina ini kekal buat selama-lamanya. Amin ya rabbal alamin. :)
  
Walaupun kita berjauhan sekarang, tak bermaksud persahabatan kita juga jauh bukan?
Kecapi hari indah di UiTM Shah Alam bersama Nazima, jangan lupakan si gadis manis di UKM.
Maaf kalau sekiranya hati kecilmu terguris dengan kata-kata mahupun tingkah laku aku.

Si Gadis,
Selamat ulang tahun yang ke-20.
Semoga sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya.
Sepuluh jari ku susun, maafkan segala khilaf terhadap kamu.

PS : Entri Penuh Emosi memang tiada gambar (Minkot, 2010)

1 comment: