followers comel

Sunday, 5 February 2012

Contest: My Awesome Moments :D

Assalamualaikum. 

Memandangkan cuti semester masih berbaki sebulan (ye ke? --'), 
jadi eloklah aku mengambil kesempatan ni untuk lakukan perkara yang aku suka. 
Antaranya, join contests -.-'

Contest kali ni,
MY AWESOME MOMENTS! :D


Berminat nak join? 
Klik banner di atas untuk terjah ;)

----------------------------------------------------

Sepanjang 20 tahun aku hidup kat dunia ni, tak semua yang dilalui tu, indah belaka. 
Hidup kan bagai putaran roda; sekejap di atas dan sekejap di bawah. 


#Sangat awesome kan bila dapat Sony mp4 player berwarna pink dan set Angry Birds sebagai birthday presents? :D

Boleh dikatakan hidup aku ni bertuah kerana lahir dalam keluarga yang sederhana dengan hanya tiga orang adik-beradik. 
Dan aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
Alhamdulillah, impian aku untuk bergelar seorang pendidik, insyaAllah akan terlaksana dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. 
Sekarang aku menuntut dalam B.Ed TESL di UiTM Shah Alam dan bakal memasuki semester kedua pada bulan Mac nanti :D 


#Aku diapit oleh dua orang gadis yang sentiasa menceriakan hidup aku.
Gambar ni diambil selepas kami selesai menjalani pementasan drama yang terakhir semasa Asasi TESL di UiTM Kuantan dulu. 
I miss those moments so much :')
Sekarang aku masih bersama-sama Ima (kiri) di Shah Alam, sebaliknya Minn (paling kanan) terpisah jauh di UKM Bangi sana.
Being with them is one of my awesome moments! 

Mereka bukanlah sekadar kawan yang biasa, tapi merekalah pendengar yang setia.
Mereka sentiasa ada saat aku memerlukan.
Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat kerana memiliki mereka :)


# Terlalu banyak kenangan dengan gambar ini :')

Antaranya, ucapan birthday yang ke-19 buat Ima yang ditulis oleh Nisa Kay
Bukan itu sahaja, gambar ni juga yang diselit dalam entry LipIce yang membolehkan aku memenangi hamper Mentholatum bernilai RM180 Januari lalu :D 
Alhamdulillah, berkat keikhlasan yang terbina antara kami bertiga~ 


Selain tu juga, aku memang amat gemar join mana-mana contest yang dianjurkan, dan memenangi contest-contest tersebut memang pengalaman yang amat awesome bagi aku :') 


#Ni peraduan anjuran Fashion Valet di Facebook :D 

Aku menerima 4 keping tiket teater Dream Girls di Istana Budaya, malangnya aku tak berpeluang untuk pergi.
Tapi baucar online shopping bernilai RM200 tetap aku manfaatkan sebaik mungkin :D 


#Ni pulak hadiah beg daripada Lolalovelyshop. 
Untung kan bila join contest?
Macam-macam kita dapat! :D 


#Hadiah beg laptop daripada Berita Harian (Berita Sawit).
Baru je terima :D 
Awesome kan? 

#Dapat baucar daripada KZ Nabihah di Facebook tapi still tak tahu nak beli apa -.-'
Untung tak untung bila join contest ni kan? :D 

Banyak lagi contest yang pernah aku join sebelum ni, dan aku pernah dapat duit beratus-ratus ringgit (jika dihimpunkan kesemuanya) hasil penulisan aku. 
Emm, aku rasa awesome lah jugak bila boleh buat semua ni dengan titik peluh aku sendiri.
Terima kasih buat Mak dan Abah yang selalu encourage aku untuk participate walaupun orang lain sering tak yakin bahawa aku mampu melakukannya :')

Sekarang aku sedang join satu lagi contest iaitu; 
InsyaAllah, jika ada rezeki, adalah :D 

"You are the one who is responsible to make your moments AWESOME" 
(E'ka Zulaikha, 2012) 

Tagging:
Yasmin Khairani 
Cik Kim 
Irdina Syamimi 

1 comment:

  1. terima kasih join contest :) woww, bestnye dapat mp4 pink and set angry bird! Memang awesome

    ReplyDelete