followers comel

Wednesday, 11 January 2012

TESL 1C - We C Things Differently! (part 1)

Assalamualaikum. 

We C things differently :')

Hari ni merupakan hari yang bermakna buat warga 1C B.Ed TESL UiTM Shah Alam :') 


Masa untuk makan-makan dan berhibur! 

Semester satu B.Ed TESL UiTM Shah Alam telah berjaya kami harungi dengan jayanya :') Walaupun kami datang dari pusat asasi yang berbeza (Melaka, Kuantan dan Shah Alam) serta dari matrikulasi dan form 6, kami masih dapat berganding bahu sebagai satu keluarga besar :')

Dari kiri: Eera Zaher, aku, Ima, Iera Kawaii dan Tim :) Walaupun aku yang paling tanned tapi still comel kan? *perasan

Eera Zaher: penuh dengan idea mantap dan seorang yang cukup berusaha. Subjek Linguistics dia yang pegang :)

Nazima Zakaria: gadis bertudung litup yang tampak ayu tapi sebenarnya sangat kuat mengusik --'

Iera Kawaii: tabik dengan dia sebab selalu berbaju kurung walau hanya untuk membeli makanan. Hehe. Sangat fluent ketika presentation 

Tim: gadis kecil molek dari Terengganu :) Wajahnya yang comel amatlah awet muda. Kalau junior tahu dia ni dah 20 tahun, konpem nangis. Kehkeh

Mungkin satu semester masih tidak cukup buat kita untuk saling mengenali antara satu sama lain. 
Mungkin satu semester masih tidak mantap untuk kita saling memahami antara satu sama lain.
Mungkin satu semester masih terlalu cepat untuk kita saling jatuh cinta antara satu sama lain. 

Tapi tiada apa-apa yang mustahil, bukan, jika Allah mengatakan 'kun fayakun'


Acara bertukar-tukar hadiah :)
Setiap orang akan mengambil satu nama daripada kotak dan menerangkan karakter individu tersebut. 
Dan warga 1C akan meneka siapakah orang yang dimaksudkan :)

#Fathi mendapat nama 'Fatimah' daripada kotak tersebut 
(dah lah pakai baju warna sedondon. Ehem. Hehe) 

Fathi: "Muka dia macam muka adik saya. 
Setiap kali saya tengok dia, rasa sejuk hati."

HEHE.

Aku?
Dapat hadiah buku agama daripada Fattah. Alhamdulillah. Sejuk hati. Hehe

The boys 
Dari kiri: Acap Talib (class rep), Fattah, Fathi & Hakim 

Acap: Class rep yang sangat berdedikasi. Walaupun kaki sakit dek kecederaan, tapi tetapkan gagahkan diri datang kuliah. Tabik ah class rep! 

Fattah: Nampak je macam selamba, tapi MUET band 5 y'alls! --' Sangat cool masa presentation.  

Fathi: Gifted dalam subjek Literature. Rasanya semua interpretation dia betul. Hehe. Comel macam teddy bear. Opps *Jangan marah 

Hakim: Paling matured antara semua boys dalam 1C --' Paling tinggi juga. Dikesan amat gemar mengusik Nazima Zakaria. Sesuai sangatlah dua orang tu saling mengusik satu sama lain --'' 

Zul: Walaupun selalu datang kelas lambat, tapi lecturer tak marah pun --' Janji datang, kan? Terkenal sebab pandai subjek CTU (agama). Pandai main gitar. 



Acham: Berlesung pipit yang dalam dan sangat pandai dalam pelajaran. Band 5 MUET! :)

Lee Joe: Nampak macam boyish, tapi dalam hati ada taman :) Selalu meluahkan idea dan bertanya soalan dalam kelas. Well done~

...to be continued

No comments:

Post a Comment