followers comel

Friday, 6 January 2012

Rahmat Jumaat pertama 2012 :D


Assalamualaikum..

Alhamdulillah :D Jumaat pertama dalam tahun 2012 ni memang hari yang bersejarah dalam kamus hidup aku :)

Tiba-tiba tadi dapat panggilan daripada pihak Karangkraf. Katanya, cerpen aku untuk pertandingan Jom Tulis Cerpen tak memenangi mana-mana tempat, tapi cerpen tersebut akan dimasukkan ke dalam majalah terbitan Karangkraf. Ya Allah, tu dah kira okay daripada tak dapat apa-apa langsung kan? :D 

Penanda buku percuma daripada adik Atiqah pun dah selamat aku terima. Memang cantik hasil kerja tangan adik tu :D #Dapat penanda buku percuma daripada beliau. 
Kata adik Atiqah, "Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah". Betul kan? Kadang-kadang dalam hidup ni kita selalu mengenepikan perkara-perkara kecil walhal perkara tu lah yang bermakna dalam hidup kita. 


Jumaat yang pertama dalam 2012 ini juga amat istimewa dalam diari baru 2012 :)



Ya Allah, terharu sangat-sangat bila entry blog yang tak seberapa akhirnya berjaya menggondol hamper LipIce bernilai RM180! :') Terima kasih LipIce atas hadiah hari jadi tahun 2012 yang amat istimewa ini :D 


Semoga hari-hari mendatang dalam tahun 2012 bakal membawa sinar yang menerbitkan kegembiraan di sudut hati. InsyaAllah, Amin~

p/s: Agak-agak berapa banyak LipIce dalam hamper bernilai RM180 tu? --'' 

No comments:

Post a Comment