followers comel

Saturday, 14 January 2012

ingat tak lagi?

hei, 
ingat tak lagi?
waktu tu kita sekelas, tapi kita tak pernah pun bertegur sapa.
bergurau senda jauh sekali. 
awak selalu merenung ke luar tingkap. 
saya tak pernah tahu awak fikirkan apa. 


hei, 
ingat tak lagi?
satu hari tu awak gagahkan diri awak. 
awak tanya nombor telefon saya. 
saya tanya untuk apa?
awak kata, saja untuk suka-suka. 


hei, 
ingat tak lagi?
tiba-tiba awak SMS saya.
sibuk perli-perli pasal masa silam saya.
HAHA. 
awak kata saya budak skema.
ah, peduli apa. 


hei, 
ingat tak lagi?
malam yang mana kita berjanji setia?
HAHA. 
memang kelakar.
sebab dalam hati ni tak pernah ada cinta.
saya anggap awak kawan sahaja. 


hei, 
ingat tak lagi?
bila cuti sekolah menjelma, saya sanggup ke sekolah lama.
sebab, nak tengok awak di depan mata.
alahai.
saya dah hilangkan majalah awak; majalah kereta. 
itu apa yang awak suka, bukan?


hei, 
ingat tak lagi?
tika hari jadi saya menjelma, awak lah yang paling gabra.
sanggup call saya pagi-pagi buta semata-mata nak berjumpa.
AH. menyusahkan orang sahaja --'
tapi saya rasa bahagia.
terima kasih :')


hei, 
ingat tak lagi?
awak datang beraya sambil jumpa Mak Abah. 
saya tahu awak gelabah. HAHA
biarkan sahaja. 


hei,
ingat tak lagi?
mentang-mentang masuk PLKN, 
hari jumaat pasti nak lepas rindu. 
call sana, call sini, tak macam selalu. 
yang paling risau, bila awak kena H1N1. 
balik rumah tak beritahu langsung.
Huh! Menyampah :|


hei,
ingat tak lagi?
ingat tak lagi?
ingat tak lagi?
kalau awak tak nak ingat pun, tak apa.
memang semua salah saya.
melepaskan orang yang sebenarnya saya suka :')


terima kasih, walau hadir sekejap saja. 
cukup untuk membuatkan saya rasa bahagia seketika. 


tapi kini, 
awak dah menjalani hidup awak sendiri.
moga awak bahagia :)



No comments:

Post a Comment