followers comel

Monday, 2 January 2012

Bimbang!

Saya bimbang.
Bimbang juga pasal final exam sem 1.
Bimbang lagi pasal sem 2 yang akan bermula bulan 3 nanti :\


Saya bimbang.
Macam mana nak urus kewangan saya nanti.
Sewa rumah mahal. 
(Apartmen yang comel memang mahal, bukan? --' )


Saya bimbang. 
Kalau saya terlebih belanja. 
PTPTN la segala bagi saya sekarang. 
Macam mana?
Macam mana saya nak menyimpan RM1000 untuk satu semester macam yang saya harapkan? 
#Maafkan E'ka, Mak, sebab sem ni E'ka terlebih belanja :'(


Perbelanjaan untuk semester 2 2012 (sebulan) 

Sewa rumah           = RM172 
Kad Bas RapidKL     = RM40
Prepaid                   = RM40 
Herbalife                = RM125 (penting untuk nutrien tubuh saya!) 
Makan/minum         = RM150 (mungkin boleh cut lagi? --')
Broadband              = RM50 (terpaksa sebab dah tak dapat wifi percuma! :| )
Bil elektrik/air        = RM20 
Perkhidmatan lain   = RM5


Total untuk lima bulan = RM602 X 5 = RM3010 
Baki? = :'( :'( :'( 


Orang lain yang masih dapat tajaan pama (papa & mama), mereka beruntung.
Orang lain yang dapat biasiswa, mereka bertuah. 
Tapi saya? 
Apa yang perlu saya lakukan sekarang?
Duit memang takkan pernah cukup. 




Kehidupan semasa Ijazah benar-benar membuka mata saya :'(


Harapan yang saya ada sekarang, belajar bersungguh-sungguh supaya setiap pengorbanan yang dilakukan ini, berbaloi dengan hasil yang bakal saya perolehi.

Saya tahu saya tak genius, saya lambat pick-up dalam pelajaran. 
Saya tahu assignment bertulis saya tak mampu mengagumkan lecturer :\
Saya tahu markah kuiz saya hampeh :| (terutamanya untuk sem 1) 

Yang saya perlukan sekarang ialah kepercayaan dalam diri.
Saya perlu percaya yang saya mampu lakukan. 
Saya perlu percaya bahawa saya sudah ditakdirkan untuk ini, maka InsyaAllah jalan akan terbentang luas di hadapan saya. 

#Abaikan kira-kira kewangan di atas. Saya cuma bimbang. Mungkin saya sudah perlu mula berjimat-cermat, makan sedikit saja, no shopping (especially online shopping) dan hidup dalam kesederhanaan yang amat! Kbai!



1 comment:

  1. takpa zue, kita sama. aku pun macam kau, the only money yang aku cuma ptotn, duit sewa rumah, makan. semuanya pakai duit pt sebab aku tahu parents aku tak mampu nak support aku. insyaAllah kita boleh. aku tahu kau pun boleh buat jugak. kita usaha sama sama :) insyaAllah Allah tolong.

    And, aku tahu kau boeh jugak berjaya nanti. jangan risau, kalau kita dah usaha belajar sungguh sungguh insyaAllah Allah tolong <3 Keep moving forward!

    ReplyDelete