followers comel

Wednesday, 4 January 2012

20 itu hanya sekadar angka :)


Assalamualaikum..

Makin meningkat usia, makin terasa yang diri ini masih kekurangan dalam banyak perkara. 
Makin meningkat usia, makin sedar yang terlalu banyak benda yang belum dipelajari --'

Semasa mengikuti program Interpersonal Day anjuran students Mass Comm
Tak sangka aku yang paling kecik antara semua --'
Bukan sahaja kecik malah yang paling awet muda 
*sila letakkan tangan atas bahu dan mata julingkan ke atas ye* 

Suatu masa dahulu, ada orang pernah tanya aku, macam mana nak handle students bila dah jadi cikgu nanti? Awak tu dah la kecik (sebenarnya badan aku besar cuma aku dianggap kecik sebab aku pendek --') 

Oh ya, rindu sangat nak dengar ada orang panggil aku pendek macam dulu --' #Almaklumlah sekarang I dah single --''

Urgghhh..menyesal pulak masa kecik-kecik dulu tak main gayut-gayut kat pokok bagi tinggi sikit --' Sekarang baru rasa diri aku ni kemetot gila T____T 

Tadi cakap-cakap dengan rumet aku. Almaklumlah si Dayang, rumet aku tu, dah masuk umur 21 tahun hari ni :) Happy birthday, Dayang sayang. Kan dah dapat teddy bear daripada aku ;') *Tengok, betapa childish nya aku kan? 

Baru aku sedar, indah gila jadi anak perempuan tunggal dalam keluarga :) Walaupun aku tak dapat kereta ataupun DSLR daripada parents aku, Alhamdulillah, aku still dapat kasih sayang yang cukup :) Lately, aku selalu call Mak aku, cerita macam-macam tentang kehidupan aku di U. Aku rasa aku dah banyak berubah sekarang :') Berubah makin childish kot? Haha *Lempang laju-laju 

20 tu hanya sekadar angka bagi aku :) Walaupun memang banyak azam yang disemat di hati untuk dilaksanakan sepanjang kedewasaan ini (chewahhh), aku takkan pernah berubah menjadi siapa diri aku yang sebenarnya :') Maaf kalau aku tak dapat jadi seperti mana yang orang lain harapkan, aku cuma ingin jadi seperti mana yang aku inginkan :) 

#Sem 2 ni nak join Taekwondo. Lama gila tinggal. Dah lupa step segala --'










No comments:

Post a Comment