followers comel

Sunday, 29 January 2012

A Happy Day with LipIce! ♥

Assalamualaikum. 

Hye girls. 
Well, I feel sorry for my blog, cuz I keep abandoning her since this semester break --''

#Tired face after taking care of Mom's shop for half a day? --''

Lately, I'm not really okay. 
Yup, there are certain things that are out of my control. 
Luckily, I've learned something from those things. 
Okay, since I just recovered from my fever, so why don't I cheer up myself with something great? :D

Wooho! 
A hamper worth RM180 from Mentholatum! 
Thanks a lot LipIce Malaysia! ♥

Well, actually this is a gift from Mentholatum, for 10 best blog entries about our experiences with LipIce. 
Yeah, I really love LipIce and all Mentholatum products because they are all cute, affordable and suitable with my soul as a teenage girl :D 


Again, thanks a lot LipIce for making up my day :D 
This is the best birthday present ever! 
(even though it has already passed - 21st January. HEHE)


p/s: Really  the LipIce water colour lip moisturizer (vintage pink)! :D

note: I think I gonna continue writing in English since my English is so sucks even though I'm now in B.Ed TESL -..-

Tuesday, 24 January 2012

Woot woot I'm already 20! :D

Assalamualaikum. 

Don't wanna write much.
The most important thing is; I've turned 20 on last 21st January! :D 
#currently at home and enjoying my semester break :D


I got lovely presents from my besties, Ima and Minn. 
A pink Sony mp4 player and a set of Angry Birds! 
Woot woot! 
I love them pretty much :D 
That mp4 player sounds better than my old mp3 player :')

My cousin, Kak Jiah, gave me a Domo Kun sling bag. 
Who says that I'm too old for Domo Kun? :D 

Okay, that's all. 
Yeah, Mom gave me a new set of bedroom furniture this year.
Thanks a lot, Mom! :DD

Oh, a great start in 2012.
Hope everything will go well after this.
Amin..



Tuesday, 17 January 2012

Rezeki sebelum Linguistics :D

Assalamualaikum.

Keseronokan semalam masih segar dalam ingatan :D
Yeah, tiba-tiba rasa nak ada kereta sendiri --''

Okay,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, 
hari ni aku menang lagi,
walaupun sekadar voucher bernilai RM10 daripada Trendy Shawl
tapi cukup untuk membuatkan hati ini berbunga riang :D 


Promote Trendy Shawl di Facebook! :D 


Terima kasih Trendy Shawl! :D 

p/s: sambung baca Linguistics. LOL! --''

Sunday, 15 January 2012

The Last but not Least: We C Things Differently part 3!

Assalamualaikum.

Memandangkan hari dah pun petang dan otak dah tak mampu nak menghadam nota-nota Linguistics, apa kata kita habiskan entry terakhir budak-budak TESL 1C ni? --''
Maaf kepada sesiapa yang menunggu lama! :|


Dari kiri: Aqilah Aman & Eeyra Zaher 

Terlebih dahulu, maaf beribu-ribu lemon buat Aqilah Aman sebab terpaksa masukkan gambar beliau dalam entry ni --'
Bukannya apa, nanti tak cukup 30 orang ahli TESL 1C --''

Aqilah: 
Tegas orangnya. Agak nakal tapi sensitif. Hehe. Dalam hati ada taman la ni --''
Tak suka gambar diambil, katanya.
Maaflah sebab dah terambil, dan apa kata terupload sekali masuk blog kan?


Kaka: Gadis bercermin mata yang tersenyum memandang kamera 
(bukan yang pakai baju biru tu ye --')

Susah betul nak cari gambar Kaka sorang-sorang, almaklumlah pemain bola sepak terkenal. Eh eh? --''

Kaka ni jiran depan bilik aku je (true story). Keh3 
Sangat suka tengok dia present dalam kelas sebab English dia, fulamak, fluent gila kot --'
Kaka pernah cakap yang dia ni pernah join cosplay. Fuhh.
Diam-diam ubi berisi betul la si Kaka ni :)



Haa..ni pulak Farah Nojie, pengedar Herbalife berjaya dalam kelas aku :)
Setakat ni Nojie dah berjaya turunkan 7 kg berat dia tau! 
Sekarang makan ayam tiga empat ketul pun konpem tak gemuk. Hehe


Seorang yang sangat independent dan excellent dalam study
Kata orang, gifted laaa :)
Jom stalk Nojie di blog beliau. AHAHA. Jangan marah ye coach




Ain Romeli @ Nia Ilemor (paling kiri): 
Ain ni suka sangat bergambar, tak kira kat mana-mana, asalkan scenery cantik sudah. Hehe 
Accent dia masa present, pehh, sedap weh dengar.
Dia ni minat subjek Literature.
A cute person dan suka sangat orang panggil dia comel, cantik & jelita --''


Okay, rasanya dah cukup 30 budak 1C aku describe kan? --'
Letih tau, sampai kena buat 3 entry gitu...


Ni pulak permainan Pasangan ideal yang diconduct oleh Lee Joe dan Acham. 
Mak aihh, nak tercabut lutut aku main benda nih --'
Kaum 'isteri' patut bersyukur tau atas pengorbanan husband-husband semua -..-


p/s: Pasangan Ideal dirangkul oleh pasangan Ain Amira & Wani.
Aku & Ima sikit lagi nak menang tapi nak buat macam mana, 
pasangan ideal macam kami ni mesti ada orang cemburu. Grrrrrr 






Pasangan Ideal (tempat kedua) 


Aku: Jom bebi, kita kawin lari kat Siam nakk?


Ima: Alah bi, ada pegawai pencegah maksiat la pulak kat belakang nuu! 
(merujuk Dibah di belakang ye) 


Aku: Mana bebi, mana? *pandang depan belakang*
Jom terjun tasik, bebi, kalau tak, kantoi tangkap basah! 


Ima: %^&$#@* *terjun tasik lagi basah kot* 


********************************************


Ya Allah, 
sekejap gila kot sem 1 berlalu.
Rasa macam baru semalam mendaftar masuk Mawar.
Baru semalam perkenalkan diri pada budak-budak 1C.
Rasa baru semalam present History dan dapat markah rendah :'(
Rasa baru semalam bermesra-mesra, bergurau senda dengan kalian semua.


Walau apa-apa pun, 
good luck semua untuk paper terakhir untuk sem ni, iaitu Linguistics.
Korang semua kan terror, bagi la aura kat aku sikit :|


p/s: 
Kemungkinan Mr. Yudi lagi ajar kita Syntax sem depan.
Suka tak suka tak???



Saturday, 14 January 2012

ingat tak lagi?

hei, 
ingat tak lagi?
waktu tu kita sekelas, tapi kita tak pernah pun bertegur sapa.
bergurau senda jauh sekali. 
awak selalu merenung ke luar tingkap. 
saya tak pernah tahu awak fikirkan apa. 


hei, 
ingat tak lagi?
satu hari tu awak gagahkan diri awak. 
awak tanya nombor telefon saya. 
saya tanya untuk apa?
awak kata, saja untuk suka-suka. 


hei, 
ingat tak lagi?
tiba-tiba awak SMS saya.
sibuk perli-perli pasal masa silam saya.
HAHA. 
awak kata saya budak skema.
ah, peduli apa. 


hei, 
ingat tak lagi?
malam yang mana kita berjanji setia?
HAHA. 
memang kelakar.
sebab dalam hati ni tak pernah ada cinta.
saya anggap awak kawan sahaja. 


hei, 
ingat tak lagi?
bila cuti sekolah menjelma, saya sanggup ke sekolah lama.
sebab, nak tengok awak di depan mata.
alahai.
saya dah hilangkan majalah awak; majalah kereta. 
itu apa yang awak suka, bukan?


hei, 
ingat tak lagi?
tika hari jadi saya menjelma, awak lah yang paling gabra.
sanggup call saya pagi-pagi buta semata-mata nak berjumpa.
AH. menyusahkan orang sahaja --'
tapi saya rasa bahagia.
terima kasih :')


hei, 
ingat tak lagi?
awak datang beraya sambil jumpa Mak Abah. 
saya tahu awak gelabah. HAHA
biarkan sahaja. 


hei,
ingat tak lagi?
mentang-mentang masuk PLKN, 
hari jumaat pasti nak lepas rindu. 
call sana, call sini, tak macam selalu. 
yang paling risau, bila awak kena H1N1. 
balik rumah tak beritahu langsung.
Huh! Menyampah :|


hei,
ingat tak lagi?
ingat tak lagi?
ingat tak lagi?
kalau awak tak nak ingat pun, tak apa.
memang semua salah saya.
melepaskan orang yang sebenarnya saya suka :')


terima kasih, walau hadir sekejap saja. 
cukup untuk membuatkan saya rasa bahagia seketika. 


tapi kini, 
awak dah menjalani hidup awak sendiri.
moga awak bahagia :)



Friday, 13 January 2012

Online Blogshop Review: QOMA's Boutique di hati muslimah berhijab :)

Assalamualaikum. 

Memandangkan mata ini sudah penat menghadap nota Literature untuk exam pukul 8.30 pagi nanti, apa kata kita mengembara ke satu online blogshop yang semakin mendapat tempat dalam kalangan muslimah di Malaysia ini. 

QOMA'S BOUTIQUE (klik di sini!) 

Bagi gadis dan wanita muslimah yang ingin kelihatan up-to-date meskipun dalam hijab, koleksi daripada Qoma's Boutique amat wajar dimiliki. Koleksi tudung yang menarik, berwarna-warni dan fashionable ini dapat dimiliki pada harga yang berpatutan dan sesuai bagi golongan pelajar dan wanita yang bekerjaya mahupun suri rumah tangga. 

Jom kita cuci mata dengan koleksi daripada Qoma's Boutique! 


Suhana Denim Syria daripada Qoma's Boutique yang mendapat sambutan hangat peminat tudung :)

Kini, dapat dimiliki dengan harga serendah RM65 daripada harga asal RM98! 



Suhana Silk Shawl 
Harga promosi: RM45! 



Dhia 

Sesuai digayakan untuk aktiviti santai mahupun ke kuliah! 
Harga promosi: RM49 


AISLEY PASLEY 

Harga: RM29.00 

Corak menarik tudung AISLEY PASLEY pasti menggamit hati setiap mata yang memandang! 




AEN 
Harga promosi: RM65 


Pilihan warna yang berbeza tudung AEN :)
Gaya yang ringkas namun tetap menawan dengan tudung AEN daripada Qoma! 


AEN 011 
Harga: RM65 

Tudung AEN dapat digayakan dengan pelbagai jenis baju, sesuai dengan cita rasa gadis remaja dan wanita bekerjaya! 


INNER NECK DENIM 
Harga: RM29 

Tidak lupa juga Inner Neck Denim yang harus dimiliki oleh setiap muslimah berhijab yang ingin mempelbagaikan gaya tudung :) 
Yang penting aurat terpelihara dengan sempurna dengan produk QOMA~


Fenomena terbaru di Qoma's Boutique; 
Bawal Nurul Dual Tone by Qoma! 


Dengan harga RM49, anda mampu mencetuskan kelainan pada gaya tudung dengan koleksi tudung terbaru daripada Qoma ini. 


Oh ya, Qoma's Boutique bukan sekadar menawarkan koleksi tudung, malah koleksi maxi dress dan long plain top untuk dimiliki oleh peminat fesyen muslimah. 




Ready made: RM80 
Customized: RM89

Apa tunggu lagi? 
Kunjungi Facebook Qoma's Boutique  sekarang! 

Berminat dengan tudung koleksi Qoma's Boutique? 
www.inhouse-boutique.blogspot.com menanti pesanan anda! 


p/s: 
Tahniah buat owner Qoma's Boutique atas kejayaan Qoma dalam industri fesyen di Malaysia :)



So Kawaiiii :D


Assalamualaikum. 

So kawaiiiii :D 


I bought this kawaii sweater from an online blog shop :D 
I was so contented with it because it is not only affordable, 
but suits my taste well :))

Can't wait to wear it :)
But I think it is more suitable to be worn at night because the material is quite thick. 
At least I can cure my broken heart because I've bought a 'wrong' dress from one online blog shop before :'( 
But no worry, 
I'll sell it as a preloved item.


p/s: Mom, I wanna an mp4 player for my birhday, can I? 
Or you can buy me a new Sony Ericsson handphone?
--''

TESL 1C - We C Things Differently! (part 2)

Assalamualaikum. 

Memandangkan aku masih berhutang entry dengan budak-budak 1C, maka eloklah aku lunaskan supaya aku boleh jawab soalan Literature dengan aman esok --''

Okay, kita teruskan dengan segmen describe karakter budak-budak ni ye --'


Nurin & Syida 

Nurin
Kecik-kecik cili padi. Walaupun kecik tapi suara lantang y'all. Hehe
Cupcakes yang comel untuk bebudak 1C tu, dialah yang buat.
Memang cukup pakej dah nak dibuat calon....bibik..eh eh..isteri la..ahaha *jangan marah 

Syida
Sangat suka pakai wedges/heel walaupun dah dalam kategori tinggi. Hehe 
Femes dalam kelas Linguistics Mr.Yudi.
Ayat "Syidah, phone!" masih dalam ingatan. Huhu 



Malina
Gadis yang paling langsing mungkin dalam 1C? --''
Makan ayam tiga empat ketul pun konpem tak gemuk (ayat jeles)
Comel sangat-sangat :)

Mimi
Suka tengok dia pakai t-shirt Elmo, bukan emo y'all --'
Stylo la jugak si Mimi ni. Hehe
Dibah kata suka tengok kepala si Mimi ni. eh eh? --'


Yana Nasuha (the blue one): 
Mek Kelati sejati macam Syu. Hehe
Suka dengan watak unknown dalam komik Lawak Kampus --''
Dari matrik dan sangat struggle dalam B.Ed TESL :)
Good luck, Yana! 








Haa tu dia, klon Puan Hajah kita! --'' (dua dari kiri)


Emy
Assistant class rep yang dedikasi macam Acap. 
Muka dia sejibik macam Puan Hajah Zaiton, lecturer Kaunseling kitorang. Hehe 
Pandai main chess woo, wakil fakulti pendidikan lagi :D 


Syu (paling kiri): 
Senior dari segi usia, tapi junior dari segi saiz. Hehe
Suka sangat bercakap loghat Indon. Haha 
Mek Kelate sejati~ 


Ain Amira
Humble je si Ain Amira ni, dahlah kiut dan tinggi lampai. 
Seorang yang ekonomik, bak kata Emy lah.
Bolehlah sape-sape yang nak khidmat penasihat kewangan :D 


Wani
Kawan Facebook aku yang bertukar jadi classmate. Hehe
Bumi ni bulat kan? Pi mai pi mai tang tu jugak :D 
Walaupun Wani ni student science (matrix) dulu tapi dia boleh go on je dengan bebudak TESL yang mostly masuk air ni. Keh3




Dari kiri: Syu, Malina, Wana, Dibah, Iera Kawaii, Wani & Mizah 


Wana
Aku memang rendah diri (memang rendah pun --') kalau berdiri sebelah si Wana ni. Hehe 
Tinggi lampai sungguh, dah lah slim.
Teringat lagi masa Asasi dulu, si Wana ni jadi kapten futsal.
Katang! 


Dibah
Sejuk hati bila tengok si Dibah ni.
Memang lain daripada yang lain.

Suka sangat tengok dia present dalam kelas.
Mantap woihhh :)
Tu tak tengok masa debat 211 jam lagi tu. Habis bertepuk audience mendengar lontaran suara si Dibah ni :)


Mizah: 
Si kecil molek yang berjiwa besar :) 
Menyerlah dalam semua subjek, terutama Kaunseling. 
Yana G kata si Mizah ni ada jadual hidup.
Hmm, lepas ni boleh lah mintak tips daripada Mizah ni~






Tim & Yana G 


Yana G
Kawan lama sejak form 1 dulu lagi.
Bumi ni bulat lagi kan, boleh pulak jumpa masa Asasi & sampai sekarang. Keh3 
Kiut je si Yana ni.
Nampak je macam pendiam, tapi sebenarnya sangat petah berceloteh.
Memang kita ada jodoh lah Yana, sebab masa interview B.Ed TESL pun kita sekali kan? :)






Kat Muse:
Dulu-dulu masa Asasi, ingatkan Kat ni garang orangnya --'
Tapi sebenarnya dia ni cool je :)
Sangat minat Muse, kan Kat?
Tapi tak tahu lah dia minat cat ke tak --'


To be continued..

Wednesday, 11 January 2012

TESL 1C - We C Things Differently! (part 1)

Assalamualaikum. 

We C things differently :')

Hari ni merupakan hari yang bermakna buat warga 1C B.Ed TESL UiTM Shah Alam :') 


Masa untuk makan-makan dan berhibur! 

Semester satu B.Ed TESL UiTM Shah Alam telah berjaya kami harungi dengan jayanya :') Walaupun kami datang dari pusat asasi yang berbeza (Melaka, Kuantan dan Shah Alam) serta dari matrikulasi dan form 6, kami masih dapat berganding bahu sebagai satu keluarga besar :')

Dari kiri: Eera Zaher, aku, Ima, Iera Kawaii dan Tim :) Walaupun aku yang paling tanned tapi still comel kan? *perasan

Eera Zaher: penuh dengan idea mantap dan seorang yang cukup berusaha. Subjek Linguistics dia yang pegang :)

Nazima Zakaria: gadis bertudung litup yang tampak ayu tapi sebenarnya sangat kuat mengusik --'

Iera Kawaii: tabik dengan dia sebab selalu berbaju kurung walau hanya untuk membeli makanan. Hehe. Sangat fluent ketika presentation 

Tim: gadis kecil molek dari Terengganu :) Wajahnya yang comel amatlah awet muda. Kalau junior tahu dia ni dah 20 tahun, konpem nangis. Kehkeh

Mungkin satu semester masih tidak cukup buat kita untuk saling mengenali antara satu sama lain. 
Mungkin satu semester masih tidak mantap untuk kita saling memahami antara satu sama lain.
Mungkin satu semester masih terlalu cepat untuk kita saling jatuh cinta antara satu sama lain. 

Tapi tiada apa-apa yang mustahil, bukan, jika Allah mengatakan 'kun fayakun'


Acara bertukar-tukar hadiah :)
Setiap orang akan mengambil satu nama daripada kotak dan menerangkan karakter individu tersebut. 
Dan warga 1C akan meneka siapakah orang yang dimaksudkan :)

#Fathi mendapat nama 'Fatimah' daripada kotak tersebut 
(dah lah pakai baju warna sedondon. Ehem. Hehe) 

Fathi: "Muka dia macam muka adik saya. 
Setiap kali saya tengok dia, rasa sejuk hati."

HEHE.

Aku?
Dapat hadiah buku agama daripada Fattah. Alhamdulillah. Sejuk hati. Hehe

The boys 
Dari kiri: Acap Talib (class rep), Fattah, Fathi & Hakim 

Acap: Class rep yang sangat berdedikasi. Walaupun kaki sakit dek kecederaan, tapi tetapkan gagahkan diri datang kuliah. Tabik ah class rep! 

Fattah: Nampak je macam selamba, tapi MUET band 5 y'alls! --' Sangat cool masa presentation.  

Fathi: Gifted dalam subjek Literature. Rasanya semua interpretation dia betul. Hehe. Comel macam teddy bear. Opps *Jangan marah 

Hakim: Paling matured antara semua boys dalam 1C --' Paling tinggi juga. Dikesan amat gemar mengusik Nazima Zakaria. Sesuai sangatlah dua orang tu saling mengusik satu sama lain --'' 

Zul: Walaupun selalu datang kelas lambat, tapi lecturer tak marah pun --' Janji datang, kan? Terkenal sebab pandai subjek CTU (agama). Pandai main gitar. 



Acham: Berlesung pipit yang dalam dan sangat pandai dalam pelajaran. Band 5 MUET! :)

Lee Joe: Nampak macam boyish, tapi dalam hati ada taman :) Selalu meluahkan idea dan bertanya soalan dalam kelas. Well done~

...to be continued

Friday, 6 January 2012

Rahmat Jumaat pertama 2012 :D


Assalamualaikum..

Alhamdulillah :D Jumaat pertama dalam tahun 2012 ni memang hari yang bersejarah dalam kamus hidup aku :)

Tiba-tiba tadi dapat panggilan daripada pihak Karangkraf. Katanya, cerpen aku untuk pertandingan Jom Tulis Cerpen tak memenangi mana-mana tempat, tapi cerpen tersebut akan dimasukkan ke dalam majalah terbitan Karangkraf. Ya Allah, tu dah kira okay daripada tak dapat apa-apa langsung kan? :D 

Penanda buku percuma daripada adik Atiqah pun dah selamat aku terima. Memang cantik hasil kerja tangan adik tu :D #Dapat penanda buku percuma daripada beliau. 
Kata adik Atiqah, "Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah". Betul kan? Kadang-kadang dalam hidup ni kita selalu mengenepikan perkara-perkara kecil walhal perkara tu lah yang bermakna dalam hidup kita. 


Jumaat yang pertama dalam 2012 ini juga amat istimewa dalam diari baru 2012 :)



Ya Allah, terharu sangat-sangat bila entry blog yang tak seberapa akhirnya berjaya menggondol hamper LipIce bernilai RM180! :') Terima kasih LipIce atas hadiah hari jadi tahun 2012 yang amat istimewa ini :D 


Semoga hari-hari mendatang dalam tahun 2012 bakal membawa sinar yang menerbitkan kegembiraan di sudut hati. InsyaAllah, Amin~

p/s: Agak-agak berapa banyak LipIce dalam hamper bernilai RM180 tu? --'' 

Wednesday, 4 January 2012

20 itu hanya sekadar angka :)


Assalamualaikum..

Makin meningkat usia, makin terasa yang diri ini masih kekurangan dalam banyak perkara. 
Makin meningkat usia, makin sedar yang terlalu banyak benda yang belum dipelajari --'

Semasa mengikuti program Interpersonal Day anjuran students Mass Comm
Tak sangka aku yang paling kecik antara semua --'
Bukan sahaja kecik malah yang paling awet muda 
*sila letakkan tangan atas bahu dan mata julingkan ke atas ye* 

Suatu masa dahulu, ada orang pernah tanya aku, macam mana nak handle students bila dah jadi cikgu nanti? Awak tu dah la kecik (sebenarnya badan aku besar cuma aku dianggap kecik sebab aku pendek --') 

Oh ya, rindu sangat nak dengar ada orang panggil aku pendek macam dulu --' #Almaklumlah sekarang I dah single --''

Urgghhh..menyesal pulak masa kecik-kecik dulu tak main gayut-gayut kat pokok bagi tinggi sikit --' Sekarang baru rasa diri aku ni kemetot gila T____T 

Tadi cakap-cakap dengan rumet aku. Almaklumlah si Dayang, rumet aku tu, dah masuk umur 21 tahun hari ni :) Happy birthday, Dayang sayang. Kan dah dapat teddy bear daripada aku ;') *Tengok, betapa childish nya aku kan? 

Baru aku sedar, indah gila jadi anak perempuan tunggal dalam keluarga :) Walaupun aku tak dapat kereta ataupun DSLR daripada parents aku, Alhamdulillah, aku still dapat kasih sayang yang cukup :) Lately, aku selalu call Mak aku, cerita macam-macam tentang kehidupan aku di U. Aku rasa aku dah banyak berubah sekarang :') Berubah makin childish kot? Haha *Lempang laju-laju 

20 tu hanya sekadar angka bagi aku :) Walaupun memang banyak azam yang disemat di hati untuk dilaksanakan sepanjang kedewasaan ini (chewahhh), aku takkan pernah berubah menjadi siapa diri aku yang sebenarnya :') Maaf kalau aku tak dapat jadi seperti mana yang orang lain harapkan, aku cuma ingin jadi seperti mana yang aku inginkan :) 

#Sem 2 ni nak join Taekwondo. Lama gila tinggal. Dah lupa step segala --'










Tuesday, 3 January 2012

Tak Ada Tajuk! --'


Kalau ada depan mata aku sekarang, 
memang aku peluk peluk, cubit cubit, lambung lambung sampai lebam la ni! --''

P/S:
Esok dah start paper pertama untuk final exam
Doakan aku boleh jawab. Dengan cemerlang! --'

*Kekok gila nak menulis dengan pen.
Tu lah, asyik menaip dengan laptop 24 jam --'

Monday, 2 January 2012

Bimbang!

Saya bimbang.
Bimbang juga pasal final exam sem 1.
Bimbang lagi pasal sem 2 yang akan bermula bulan 3 nanti :\


Saya bimbang.
Macam mana nak urus kewangan saya nanti.
Sewa rumah mahal. 
(Apartmen yang comel memang mahal, bukan? --' )


Saya bimbang. 
Kalau saya terlebih belanja. 
PTPTN la segala bagi saya sekarang. 
Macam mana?
Macam mana saya nak menyimpan RM1000 untuk satu semester macam yang saya harapkan? 
#Maafkan E'ka, Mak, sebab sem ni E'ka terlebih belanja :'(


Perbelanjaan untuk semester 2 2012 (sebulan) 

Sewa rumah           = RM172 
Kad Bas RapidKL     = RM40
Prepaid                   = RM40 
Herbalife                = RM125 (penting untuk nutrien tubuh saya!) 
Makan/minum         = RM150 (mungkin boleh cut lagi? --')
Broadband              = RM50 (terpaksa sebab dah tak dapat wifi percuma! :| )
Bil elektrik/air        = RM20 
Perkhidmatan lain   = RM5


Total untuk lima bulan = RM602 X 5 = RM3010 
Baki? = :'( :'( :'( 


Orang lain yang masih dapat tajaan pama (papa & mama), mereka beruntung.
Orang lain yang dapat biasiswa, mereka bertuah. 
Tapi saya? 
Apa yang perlu saya lakukan sekarang?
Duit memang takkan pernah cukup. 




Kehidupan semasa Ijazah benar-benar membuka mata saya :'(


Harapan yang saya ada sekarang, belajar bersungguh-sungguh supaya setiap pengorbanan yang dilakukan ini, berbaloi dengan hasil yang bakal saya perolehi.

Saya tahu saya tak genius, saya lambat pick-up dalam pelajaran. 
Saya tahu assignment bertulis saya tak mampu mengagumkan lecturer :\
Saya tahu markah kuiz saya hampeh :| (terutamanya untuk sem 1) 

Yang saya perlukan sekarang ialah kepercayaan dalam diri.
Saya perlu percaya yang saya mampu lakukan. 
Saya perlu percaya bahawa saya sudah ditakdirkan untuk ini, maka InsyaAllah jalan akan terbentang luas di hadapan saya. 

#Abaikan kira-kira kewangan di atas. Saya cuma bimbang. Mungkin saya sudah perlu mula berjimat-cermat, makan sedikit saja, no shopping (especially online shopping) dan hidup dalam kesederhanaan yang amat! Kbai!