followers comel

Monday, 26 December 2011

Sekian Lama

Assalamualaikum..


Lama gila aku tak jenguk blog ni. Berhabuk, bersawang :'( Bukan aku tak nak update, tapi masa amat mencemburui aku :| Tapi mujurlah sekarang dah masuk study week. Maknanya kawan-kawan aku semua balik ke kampung halaman. Tapi aku? Masih di kolej.

Sebenarnya aku tak kisah pun untuk stay kat kolej je sepanjang study week ni. Aku rasa tak perlu kot nak balik semata-mata untuk ikut orang lain. Hehe. Bukannya aku tak rindu kat Mak Abah Adik dan semua yang ada kat rumah tu. Rindu tu jangan cakaplah. Tapi aku belajar untuk jadi lebih matang, untuk bersedia hadapi cabaran. 

Semester dua nanti, aku dah tak stay kolej lagi. Kenapa? Aku tak sanggup nak ambil risiko tak dapat stay kolej. Almaklumlah kupon kolej aku cuma ada 10 keping. Layak ke aku untuk terus stay kolej untuk semester depan? Tu yang aku selalu fikir. Orang lain yang optimis untuk dapat kolej tu, aku salute mereka, sanggup ambil risiko. Tapi aku, tak. Aku orang jauh. Aku nak stay kat mana kalau tiba-tiba aku dapat tahu aku tak dapat kolej? 

Pendek kata, aku dan 4 orang lagi kawan dah dapat sewa satu apartmen ni, cantik lah jugak. Puas hati even terpaksa bayar mahal pun. Memang agak sedih sebab duit PTPTN terbang macam tu saja :'( Memang aku akan berusaha untuk dapatkan Anugerah Naib Canselor tu untuk tukarkan PTPTN kepada biasiswa, tapi mampukah aku? Saban hari aku bertanya soalan yang sama. Sedih sangat-sangat sebab tiba-tiba aku rasa jiwa aku bukan kat sini. Betul aku nak jadi cikgu, betul aku sukakan English, tapi kenapa tiba-tiba subjek yang bukan-bukan aku kena belajar? 

Aku tak sepatutnya mengeluh, bukan? Aku sepatutnya bersyukur sebab aku dapat peluang yang orang lain tak dapat. Tapi aku berhak suarakan apa-apa yang aku rasa. Aku bukan robot, aku manusia yang dilahirkan dengan emosi. 

4 Januari nanti, paper pertama untuk final exam aku akan bermula. Aku harap dapat berikan yang terbaik nanti. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment