followers comel

Tuesday, 27 December 2011

Kembali

Setelah 'perginya' blackfipper.blogspot.com daripada hidup aku, momentum aku untuk berblogging sudah pudar. Kehidupan baru aku yang sepatutnya berseri dengan pelbagai perkara baru, bagaikan hambar. Ternyata aku perlukan satu platform untuk meluahkan segala yang terbuku di lubuk hati, maka lahirlah ekazulaikha21.blogspot.com ini :D 

Kali ini, aku menulis sekadar untuk suka-suka, bukan untuk meraih populariti sebagaimana blogger lain mahu. Aku cuma mahu mengabadikan catatan kehidupan aku yang penuh dengan ranjau, suka dan duka. Aku mahukan blog ini menjadi medium yang menghubungkan masa sekarang dengan masa silam aku yang indah. Yang pahit, lupakan saja, buang jauh-jauh dari lubuk hati. 


Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, tahun 2011 yang indah ini bakal meninggalkan aku; yang masih terkapai-kapai kelemasan dalam lautan perasaan yang tak pasti. Bersediakah aku untuk menempuh fasa seterusnya? Fasa yang bakal menyaksikan peningkatan kematangan? 

2012: Menetap di apartmen mulai fasa dua. Bayaran sewa yang agak mahal setiap bulan. Perlu atur kewangan sebaik-baiknya. Perubahan gaya hidup. Bersiap-sedia dengan peperangan mental yang bakal timbul. 

Semoga 2012 bakal membawa sinar bahagia dalam diari Si Gadis Lesung Pipit. Amin.


No comments:

Post a Comment