followers comel

Saturday, 31 December 2011

Terima kasih 2011 :')

Assalamualaikum...

2011 sudah tiba di penghujungnya, 2012 pula bakal menyapa :') Ya Allah, sedihnya nak lepaskan 2011. Banyak betul perkara yang terjadi sepanjang 2011 yang membuatkan hati ni baru terasa erti kehidupan yang sebenarnya :) 

Kalaulah blackfipper.blogspot.com masih ada, sudah tentu coretan masa lalu aku dapat dibaca satu persatu :') Tapi malangnya, BFku telah lama bersemadi, dan aku perlu merelakannya pergi. 

2011 juga, merupakan tahun keramat, yang membuatkan impian menjadi kenyataan :') Dean List dalam Foundation of TESL, merupakan perkara yang paling di luar jangkaan. Sangkaku, pointer 3.48 itulah yang tercatat dalam transkrip rasmi, tapi Alhamdulillah, keajaiban telah berlaku di situ :') 3.67! Terkejut, terharu, tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. 

Dugaan demi dugaan diharungi dengan tabah. Selesai ujian MedSI, tiba pula temu duga untuk ke B.Ed TESL. Sekali lagi, Allah permudahkan segalanya. Dia lancarkan lidahku saat berbicara. Dia hilangkan segala resah gelisah gundah gulana sepanjang interview :') Terima kasih Mak sebab sudi temankan E'ka tika saat genting itu, sudi bawakan blazer dari ground floor ke level 3 di Unisza semata-mata untuk lihat E'ka bergaya segak semasa interview :')

Dan kini, di mana aku? Ya, di UiTM Shah Alam sudah pasti :') Meneruskan perjuangan untuk menjadi pendidik berkaliber suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana mendoakan diri ini :') 

Tahun 2011; banyak sungguh rezeki yang menyapa diri. Contest Fashion Valet misalnya, meninggalkan kesan yang paling dalam buat diri. Ternyata kata-kata buat Abah sempena Hari Bapa 2011 telah berjaya meraih bilangan LIKE paling banyak dalam kalangan Facebookers. Alhamdulillah, rezeki. Lepas ini, InsyaAllah, pasti akan berusaha lagi. 








Baru-baru ini dapat voucher daripada blogshop Lolalovelyshop. Weehoo! Dapat bag percuma :D   

Cuba nasib lagi dengan menyertai peraduan di Lolalovelyshop, 
tapi rezeki tak menyebelahi.
Tapi yang bertuahnya masih dapat hadiah saguhati,
buku nota Dooodolls! 
Thanks Lolalovelyshop! :D 

Tak lupa juga, sampel LipIce mini daripada LipIce! Sangat comel tau! :)


Nampak tak LipIce mini tu? Hehe
Tak sabar tunggu keputusan peraduan "Saat Magikal bersama LipIce" pada 5 Januari 2012 nanti! Woot woot! 


Tahun 2011 juga merupakan tahun pertambahan koleksi komik --'' Err


Terlalu banyak komik yang telah aku beli secara direct mahupun online tahun ni :)
Komik di atas ni agak special di hati aku,
sebab ni ialah freebie daripada blogshop preloved comics, Bookmaniacs :D 

Tahun 2011 boleh dikatakan tahun murah rezeki. Syukur, Alhamdulillah :DD 


Beli netbook baru! Peach gitu. Hehe
Alhamdulillah, setiap hari aku bawak netbook ni ke kuliah. 
Sampai satu hari lecturer aku ingatkan aku main game dalam kuliah, 
padahal aku tengah taip nota --'
Walau apa-apa pun, terima kasih Mak sebab faham hasrat hati E'ka. 
Telefon baru sempena 2012, boleh? =..=





Yeah, my baby 
Akhirnya hasrat di hati telah tertunai dengan jayanya :')
Masih dalam proses pembelajaran untuk memetik alat berwarna maroon ni.
Dah lama gila tinggal kat rumah.
Takpe, nanti saya balik rumah, kita lepas rindu, k? AHAHA 





Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari! 
Terima kasih dik Tiqa sebab sudi bagi penanda buku kat akak ni. 
HEHE
Sangat suka hasil kerja tangan dik Tiqa ni :') 
Kalau ada yang berminat untuk dapatkan penanda buku serendah RM1, 
bolehlah usha-usha fanpage Tiqa

Lupa pulak. 
Kalau 21 Januari 2011 dapat ini: 


agak-agaklah kan, 

21 Januari 2012 dapat tak yang ini?:


Wahhhhhhhh! 
Droolie :D 


tapi, 
yang paling penting ialah; 




single sepanjang 2011 --'


is it an achievement? :|






SELAMAT TINGGAL 2011 :')
SELAMAT DATANG 2012  


Friday, 30 December 2011

Resolusi 2012

12 Azam bersempena 2012: 

1) Mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa dengan mendalami ilmuNya 

2) Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam B.Ed TESL (semester dua dan seterusnya) 

3) Menjadi seorang hamba yang tawaduk, anak yang solehah, kakak yang bertanggungjawab, sahabat yang sejati dan pelajar yang konsisten

4) Mengurangkan berat badan! :)

5) Menggilap segenap potensi yang ada dalam diri 

6) Berdikari 

7) Bersikap lebih matang 

8) Melakukan lebih banyak perkara yang bermanfaat 

9) Mengutamakan perkara yang lebih penting berbanding sebaliknya 

10) Mengamalkan sikap-sikap mahmudah :)

11) Menghargai setiap detik dalam hidup 

12) Meneruskan pencarian 'cinta sejati' :)

Coretan buat Alam :)

Sang bulan, 
bantu aku pejamkan mata ini,
supaya aku terlena dalam dakapan mimpi yang paling indah. 


Sang bintang, 
sudikah kiranya temani aku 
dalam dingin malam 
bersama-sama imaginasiku yang tak pernah mati?


Sang bayu, 
berpuputlah lembut supaya aku dapat merasakan 
kedamaian di lubuk hati 
supaya aku jauh daripada perasaan resah 
yang selalu melingkari diri 


Sang awan, 
payungilah aku selalu 
supaya aku tak terasa panas teriknya ujian 
yang menimpa ubun-ubunku saban hari 


Sang pelangi, 
muncullah tika saat aku ternanti-nantikan kamu
agar aku tak berputus harap 
tentang erti bahagia selepas derita 

Thursday, 29 December 2011

Obses -.-'

Assalamualaikum..

Hari ni, bangun je dari tidur, terus siap-siap nak ke bilik pos kat pejabat kolej. Hati melonjak-lonjak riang sebab bungkusan dah sampai hari ni. Yuuhuu! Tak sabar betul rasanya. Belakangan ni, aku dah jadi macam obses dengan blouse yang kembang kat bawah dan ada ropol-ropol. Erk? 0.o Aku pun tak tahu kenapa aku dah berubah dengan mendadak. Mungkin tu petanda bahawa aku makin menyenangi hormon kewanitaan ni? #Ha sudah! 

Tapi panas tak selalu sampai ke petang, kadang-kadang hujan di tengah hari T_____T Blouse kuning yang selama ni amat menarik perhatian aku kat blogshop tu hanya indah khabar dari rupa. Blouse tu memang comel, tapi mungkin silap aku kot sebab tak jaga badan. Blouse tu tak muat laa T__________T Macam mana ni? Kan dah melayang duit RM##. Huhu 

Nanti kalau ada masa aku akan upload gambar blouse tu. Tiba-tiba aku terasa nak buat blogshop preloved items la. Tapi ada ke orang yang nak beli? :| Sebelum ni aku jual preloved items secara direct je, tak perlu pos segala bagai. Lagi senang kan? Pembeli pun tak perlu nak bayar caj tambahan untuk pengeposan kan? 

P/S: Masih memikirkan cara yang halal untuk menambahkan duit poket. Any idea? 0.o 


Wednesday, 28 December 2011

Sebelum Januari


Assalamualaikum..

Tak lama lagi 'peperangan besar' akan bermula. Wish me luck :')


Kata mengadap book. Tapi kesudahannya, mengadap Facebook -.-'

Jadual Final Exam ED220. Fuhhhh! =.=

Wednesday 9.00 am - 12.00 pm
(4/1/12) EDU 404
(History and Development of Education)
Venue: Cendana


Thursday 9.00 am - 11.00 am
(5/1/12) CTU 551
(Tamadun Islam dan Tamadun Asia)
Venue: Cendana


Sunday 9.00 am - 12.00 pm
(8/1/12) EDU 430
(Introduction to Guidance and Counselling)
Venue: Cendana


Friday 8.30 am - 11.30 am
(13/1/12) TSL 420
(Literature in English)
Venue: Tec 2


Wednesday 2.15 pm - 5.15 pm
(18/1/12) TSL 426
(Linguistics in Language Teaching)
Venue: Dedaru

Ya Allah, sesungguhnya kurniakanlah aku yang terbaik, sebagaimana yang telah aku usahakan. Berikanlah kebahagiaan buat Mak Abah Ceksu Pokpa dan sesiapa sahaja yang telah banyak berkorban demi kebahagiaan aku, dengan kejayaan yang bakal akukecapi. Sesungguhnya jasa mereka tak dapat aku balas dengan wang ringgit~

Study week ni aku langsung tak pulang ke kampung halaman. Langsung tak dapat nak kucup tangan Mak dan Abah. Langsung tak mampu nak tidur atas katil queen yang empuk. Langsung tak berpeluang peluk kucing-kucing bulu lebat yang gebu. Langsung tak boleh nak usik Adik tembam yang jarang sekali boleh ketemu. Tapi aku sanggup hadapi semua tu. Aku rela. Shah Alam dengan Terengganu memang boleh dicapai. Tapi aku simpan dulu perasaan yang membuak-buak di dada ni. Aku tunggu Januari. Aku tunggu Januari. Nak lempiaskan semua sekali gus :')

P/S: Selamat menempuh final exam buat semua. Jangan lupa Januari tau ;) Hehe


Tuesday, 27 December 2011

Contest: "Saat Magikal bersama LipIce"


Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi singgah! :)

Memandangkan aku dah kembali aktif berblogging, jadi izinkanlah aku untuk menyertai satu peraduan anjuran Mentholatum; "Saat Magikal bersama LipIce". Woot woot! :D

Hehe. Tiba-tiba terasa segan pulak. Okay, I'm a girl and I'm fine! :D Memandangkan sebelum ini aku pernah dikatakan berperilaku kasar dan tak berperibadi seperti perempuan sejati, jadi kat sini, ingin aku tegaskan bahawa; AKU PENGGUNA SETIA LIPICE, OKAY! Engkau hadoo? :D



Nampak tak koleksi LipIce di situ? ;)
Terima kasih LipIce atas sampel LipIce mini yang comel tu! 

*maaf atas kekaburan gambar, snap hanya menggunakan webcam Acer pink! :D

Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, LipIce sudah menjadi teman sejati aku, ke mana-mana saja aku pergi. Mengenakan secalit LipIce di bibir sudah mampu membuatkan konfiden aku bertambah, tak semestinya mengenakan make-up yang tebal untuk kelihatan gorgeous. 

Setiap hari sebelum ke kelas, aku akan meluangkan masa seketika di hadapan cermin semata-mata untuk mengenakan LipIce sebagai pelengkap gaya. Malah, LipIce turut dimasukkan ke dalam beg kuliah untuk dikenakan pada bibir sebagai perlindungan tika terik mentari! Almaklumlah, sepanjang hari berada di kampus, keadaan bibir perlu dititikberatkan supaya tak kering dan mencacatkan penampilan, bukan? ;) 




"Saat Magikal bersama LipIce"

Kami bertiga (bestie) mengenakan LipIce untuk majlis dinner terakhir sebelum menamatkan Asasi TESL pada Mac 2011 yang lalu!
Saat terindah ini sudah tentu tak mampu dipadam daripada benak ingatan! 
Terima kasih LipIce kerana menyerikan hidup gadis seperti kami =P 

Sebagai seorang penuntut Bachelor (Education) in Teaching English as Second Language (TESL) dan juga bakal pendidik empat tahun akan datang, aku perlu mempersiapkan diri dengan penampilan yang menarik untuk meningkatkan keyakinan diri di hadapan pelajar kelak. Kehadiran LipIce sedikit-sebanyak telah meningkatkan tahap keyakinan aku, terutamanya ketika membuat presentation di hadapan kelas. Aku sudah tak gusar lagi dengan keadaan bibir yang kering malah dapat tersenyum riang di samping rakan-rakan! :DD 



*Masih boleh kelihatan berseri dengan secalit LipIce di bibir! *winkwink*

Walaupun aku bakal menginjak usia 20 tahun pada 21 Januari 2012 nanti, aku tetap akan terus menjadi pengguna setia LipIce! Sambutan ulang tahun ke-20 nanti mungkin akan lebih berseri dan tak dapat dilupakan dengan kehadiran hamper Mentholatum bernilai RM180, bukan? ;) Haha, I'm just kidding! :D Yang pasti, mata ini pasti takkan lepas daripada memandang deretan LipIce yang comel dan menawan hati setiap kali bertandang ke Watson, Guardian mahupun kedai-kedai lain yang lengkap dengan koleksi daripada Mentholatum ini. Hati ini takkan pernah gundah walau purse susut demi mendapatkan LipIce yang sentiasa di hati! 

p/s: Bukan sahaja UiTM di ku, LipIce pun sama! :D

Kembali

Setelah 'perginya' blackfipper.blogspot.com daripada hidup aku, momentum aku untuk berblogging sudah pudar. Kehidupan baru aku yang sepatutnya berseri dengan pelbagai perkara baru, bagaikan hambar. Ternyata aku perlukan satu platform untuk meluahkan segala yang terbuku di lubuk hati, maka lahirlah ekazulaikha21.blogspot.com ini :D 

Kali ini, aku menulis sekadar untuk suka-suka, bukan untuk meraih populariti sebagaimana blogger lain mahu. Aku cuma mahu mengabadikan catatan kehidupan aku yang penuh dengan ranjau, suka dan duka. Aku mahukan blog ini menjadi medium yang menghubungkan masa sekarang dengan masa silam aku yang indah. Yang pahit, lupakan saja, buang jauh-jauh dari lubuk hati. 


Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, tahun 2011 yang indah ini bakal meninggalkan aku; yang masih terkapai-kapai kelemasan dalam lautan perasaan yang tak pasti. Bersediakah aku untuk menempuh fasa seterusnya? Fasa yang bakal menyaksikan peningkatan kematangan? 

2012: Menetap di apartmen mulai fasa dua. Bayaran sewa yang agak mahal setiap bulan. Perlu atur kewangan sebaik-baiknya. Perubahan gaya hidup. Bersiap-sedia dengan peperangan mental yang bakal timbul. 

Semoga 2012 bakal membawa sinar bahagia dalam diari Si Gadis Lesung Pipit. Amin.


Monday, 26 December 2011

Sekian Lama

Assalamualaikum..


Lama gila aku tak jenguk blog ni. Berhabuk, bersawang :'( Bukan aku tak nak update, tapi masa amat mencemburui aku :| Tapi mujurlah sekarang dah masuk study week. Maknanya kawan-kawan aku semua balik ke kampung halaman. Tapi aku? Masih di kolej.

Sebenarnya aku tak kisah pun untuk stay kat kolej je sepanjang study week ni. Aku rasa tak perlu kot nak balik semata-mata untuk ikut orang lain. Hehe. Bukannya aku tak rindu kat Mak Abah Adik dan semua yang ada kat rumah tu. Rindu tu jangan cakaplah. Tapi aku belajar untuk jadi lebih matang, untuk bersedia hadapi cabaran. 

Semester dua nanti, aku dah tak stay kolej lagi. Kenapa? Aku tak sanggup nak ambil risiko tak dapat stay kolej. Almaklumlah kupon kolej aku cuma ada 10 keping. Layak ke aku untuk terus stay kolej untuk semester depan? Tu yang aku selalu fikir. Orang lain yang optimis untuk dapat kolej tu, aku salute mereka, sanggup ambil risiko. Tapi aku, tak. Aku orang jauh. Aku nak stay kat mana kalau tiba-tiba aku dapat tahu aku tak dapat kolej? 

Pendek kata, aku dan 4 orang lagi kawan dah dapat sewa satu apartmen ni, cantik lah jugak. Puas hati even terpaksa bayar mahal pun. Memang agak sedih sebab duit PTPTN terbang macam tu saja :'( Memang aku akan berusaha untuk dapatkan Anugerah Naib Canselor tu untuk tukarkan PTPTN kepada biasiswa, tapi mampukah aku? Saban hari aku bertanya soalan yang sama. Sedih sangat-sangat sebab tiba-tiba aku rasa jiwa aku bukan kat sini. Betul aku nak jadi cikgu, betul aku sukakan English, tapi kenapa tiba-tiba subjek yang bukan-bukan aku kena belajar? 

Aku tak sepatutnya mengeluh, bukan? Aku sepatutnya bersyukur sebab aku dapat peluang yang orang lain tak dapat. Tapi aku berhak suarakan apa-apa yang aku rasa. Aku bukan robot, aku manusia yang dilahirkan dengan emosi. 

4 Januari nanti, paper pertama untuk final exam aku akan bermula. Aku harap dapat berikan yang terbaik nanti. InsyaAllah.