followers comel

Wednesday, 16 November 2011

hari yang ceria :)

Assalamualaikum..


Saat diri ini sepatutnya bergelumang dengan esemen dan slides presentation yang tak berkesudahan, namun jari ini ligat menari, melaksanakan yang sebaliknya -.-' Haih, apa salahnya update blog yang hampir bersawang ni sekali sekala kan? 

Hari ni, tak ada apa-apa yang dapat dibanggakan. Mood untuk beresemen dalam library INTEC UiTM tergendala sebaik sahaja mendengar berita kelas Literature untuk hari ni dibatalkan -.-' Madam tak sihat, almaklumlah orang tengah sarat =P 

Oh ya, malas rasanya untuk menaip panjang. 

Comel tak comel tak cupcake ni? :D 
Angry Birds gituuu ;)

Sepanjang minggu ni ada jualan ala-ala mega kat Dataran Kolej Mawar. Dalam perjalanan balik ke bilik tadi, aku dan Ima disapa oleh seorang senior ni, sambil menghulurkan beberapa paket cupcakes aneka warna dan corak. Oh, rupa-rupanya cupcakes ni dijual bersempena jualan amal untuk membantu anak-anak yatim di Perak. Apa salahnya sekali sekala beramal jariah, bukan? Lagipun cupcakes ni comel sangat sangat sangat :D Tapi aku tak makan pun, belikan sepeket buat rumet yang tiga tu :)


Ada jugak jualan pakaian, kasut dan beg untuk mencari dana bagi anak-anak yatim tu. Aku memang pantang tengok barang-barang yang kiut-miut ni, tambah-tambah lagi harganya memang berpatutan, memang tak mampu nak dapat harga macam tu kat kedai atau gerai biasa -.-' Apa lagi, rembatlah dua handbags seperti kat atas ni. Rumet aku macam terkejut dengan obsesi aku. Emm, aku memang suka benda-benda yang comel + murah ni! 




Okaylah, aku dah tak mampu nak bercerita panjang. Tapi yang penting, hari ni aku ceria 

sangat-sangat. Almaklumlah, dua tiga hari sebelum ni, memang banyak perkara yang tak elok 

berlaku kat aku :'( Tapi aku redha. Ada hikmah semua tu terjadi. Alhamdulillah!



No comments:

Post a Comment