followers comel

Sunday, 13 November 2011

hadiah buat diri ♥

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak mencoret dalam blog yang tak seberapa ni =P Terkedu pula bila tengok post yang sebelumnya -.-' Begitu cepat masa berlalu, meninggalkan aku yang sering terleka ini jauh di belakang. 

Hari ini ialah hari pertama aku menjejakkan kaki di UiTM Shah Alam setelah seminggu menghabiskan momen-momen indah di rumah. Walaupun keadaan di rumah teramat jauh bezanya dari hostel; lebih sunyi, sepi dan damai, tapi sekali-sekala berada di teratak Mak dan Abah itu amat membahagiakan  Aku terleka dibuai arus keseronokan itu hingga hampir kesemua esemenku menemui jalan buntu -.-'

Persetankan esemen buat seketika, mereka akan sentiasa menghantui hidupku selagi aku bergelar pelajar. Hehe. 

Menghadiahi diri yang selama ini terus-menerus bekerja tanpa memikirkan rehat itu perlu, bukan? 



Bukan yang coklat dan berbulu itu, 
tapi benda alah berwarna maroon di sampingnya :)

p/s: tak pandai lagi nak main, perlukan masa untuk menguasai alat ini :)
p/s: hadiahkan diri lagi hari ni dengan 'barang keperluan' =P 
p/s: saya bahagia. Alhamdulillah 


1 comment: