followers comel

Monday, 21 November 2011

bersabarlah duhai hati...

Assalamualaikum..

Masa yang terluang seketika di INTEC ini, kurebut untuk mencoretkan isi hati. Bersendirian dan jauh daripada orang ramai yang bisa membuat hati ini gundah-gulana dengan kata-kata mereka, membuatkan aku tenang :') Sesungguhnya aku amat bersyukur. Pedih hati ini mendengar kata-kata sebegitu, bagaikan aku yang bersalah atas semua. 

Duhai hati, 
bersabarlah. Hanya itu yang mampu kau lakukan saat ini. Saat kau merasakan kegusaran jauh di sudutmu itu, kau harus yakin, Dia sentiasa ada untukmu. Sentiasa dekat untukmu. Hanya kau yang perlu mencari Dia. Dia telah berikan segala yang kau mahu. Apa lagi yang tak cukup?

Duhai hati, 
....................................

Wednesday, 16 November 2011

hari yang ceria :)

Assalamualaikum..


Saat diri ini sepatutnya bergelumang dengan esemen dan slides presentation yang tak berkesudahan, namun jari ini ligat menari, melaksanakan yang sebaliknya -.-' Haih, apa salahnya update blog yang hampir bersawang ni sekali sekala kan? 

Hari ni, tak ada apa-apa yang dapat dibanggakan. Mood untuk beresemen dalam library INTEC UiTM tergendala sebaik sahaja mendengar berita kelas Literature untuk hari ni dibatalkan -.-' Madam tak sihat, almaklumlah orang tengah sarat =P 

Oh ya, malas rasanya untuk menaip panjang. 

Comel tak comel tak cupcake ni? :D 
Angry Birds gituuu ;)

Sepanjang minggu ni ada jualan ala-ala mega kat Dataran Kolej Mawar. Dalam perjalanan balik ke bilik tadi, aku dan Ima disapa oleh seorang senior ni, sambil menghulurkan beberapa paket cupcakes aneka warna dan corak. Oh, rupa-rupanya cupcakes ni dijual bersempena jualan amal untuk membantu anak-anak yatim di Perak. Apa salahnya sekali sekala beramal jariah, bukan? Lagipun cupcakes ni comel sangat sangat sangat :D Tapi aku tak makan pun, belikan sepeket buat rumet yang tiga tu :)


Ada jugak jualan pakaian, kasut dan beg untuk mencari dana bagi anak-anak yatim tu. Aku memang pantang tengok barang-barang yang kiut-miut ni, tambah-tambah lagi harganya memang berpatutan, memang tak mampu nak dapat harga macam tu kat kedai atau gerai biasa -.-' Apa lagi, rembatlah dua handbags seperti kat atas ni. Rumet aku macam terkejut dengan obsesi aku. Emm, aku memang suka benda-benda yang comel + murah ni! 




Okaylah, aku dah tak mampu nak bercerita panjang. Tapi yang penting, hari ni aku ceria 

sangat-sangat. Almaklumlah, dua tiga hari sebelum ni, memang banyak perkara yang tak elok 

berlaku kat aku :'( Tapi aku redha. Ada hikmah semua tu terjadi. Alhamdulillah!



Sunday, 13 November 2011

hadiah buat diri ♥

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak mencoret dalam blog yang tak seberapa ni =P Terkedu pula bila tengok post yang sebelumnya -.-' Begitu cepat masa berlalu, meninggalkan aku yang sering terleka ini jauh di belakang. 

Hari ini ialah hari pertama aku menjejakkan kaki di UiTM Shah Alam setelah seminggu menghabiskan momen-momen indah di rumah. Walaupun keadaan di rumah teramat jauh bezanya dari hostel; lebih sunyi, sepi dan damai, tapi sekali-sekala berada di teratak Mak dan Abah itu amat membahagiakan  Aku terleka dibuai arus keseronokan itu hingga hampir kesemua esemenku menemui jalan buntu -.-'

Persetankan esemen buat seketika, mereka akan sentiasa menghantui hidupku selagi aku bergelar pelajar. Hehe. 

Menghadiahi diri yang selama ini terus-menerus bekerja tanpa memikirkan rehat itu perlu, bukan? 



Bukan yang coklat dan berbulu itu, 
tapi benda alah berwarna maroon di sampingnya :)

p/s: tak pandai lagi nak main, perlukan masa untuk menguasai alat ini :)
p/s: hadiahkan diri lagi hari ni dengan 'barang keperluan' =P 
p/s: saya bahagia. Alhamdulillah