followers comel

Monday, 24 October 2011

Perkataan Magis; Maaf

Assalamualaikum..

Pertama sekali, buat yang sudi menjengah blog yang tak bermaya ini, tak seceria blackfipper.blogspot.com, TERIMA KASIH yang tak terhingga dari lubuk hati. Maaf, kerana diri ini sudah kehilangan momentum untuk terus mencoret seperti dulu. Sesekali, tika dirasakan perlu, barulah jemari ini akan menari ligat di atas papan kekunci. 

MAAF, sebab aku tak mampu menjadi terbaik sebagaimana yang orang lain inginkan. Aku cuma mampu menjadi aku. Aku tak mampu menjadi hipokrit. Aku tak mampu untuk penuhi kehendak orang lain. Maafkan aku :'( 

MAAF, kalau aku menjauhkan diri, tak pernah bermaksud yang aku benar-benar ingin menjauhkan diri. Aku cuma tak mahu kamu melihat titisan air mata yang jatuh berjuraian di pipi. Aku tak mahu bebankanmu dengan masalah hidupku. Aku tak mahu kamu menangis kerana aku. Kalau boleh, aku mahu kamu melihatku dalam keadaan gembira saja. Maafkan aku :'( 

MAAF, kalau kamu rasa bersalah kerana aku. Sesungguhnya, itu bukan salahmu. Kamu tak bersalah langsung terhadap diri ini. Apa-apa yang telah kamu ungkapkan, semuanya benar. Maafkan aku, sebab masih tak dapat melalui jalan yang telah kamu lalui itu. Aku masih tak sekental kamu. Aku masih butuhkan ruang dan waktu. Teruslah berdoa buatku, wahai sahabat. 

MAAF, aku sudah tak mampu menaip panjang. Aku cuba untuk tidak memikirkan perkara yang telah terjadi, tapi ternyata aku tak mampu. Maafkan aku :'( 


No comments:

Post a Comment