followers comel

Tuesday, 25 October 2011

nota untuk diri sendiri ♥


Kredit buat rumet saya, Mimi yang macho. ahaha =P


Alhamdulillah, tak pernah aku rasa setenang, sebahagia dan segembira ini. Syukur kepadaMu, Ya Allah :') Sesungguhnya Kaukuatkanlah lagi hati ini untuk menempuh hari-hari yang mendatang. 4 tahun aku di sini, Ya Allah..

Hari ni, ada satu petanda yang kurang baik berlaku. Tapi cuma petanda. Syukur, Allah sentiasa berikan petunjuk kepada aku dan rumet akan perkara ini, supaya kami terus berwaspada. Masuk kali ini, bilik kami sudah dua kali menjadi 'sasaran' mereka yang terjebak dalam perkara yang tidak bermoral. Tapi Alhamdulillah, selama dua kali itu juga, niat yang tidak baik itu tidak mendapat izinNya. Syukur kepadaMu Ya Allah :') 

Sebelum aku menaip entry ini, pendriveku dimasuki virus. Ini semua penangan komputer di kedai print tadi! Bergegas aku turun kembali dari tingkat tiga ke kedai komputer di kolejku ini :| Alhamdulillah, RM5 yang melayang itu lebih baik daripada manuskrip novelku yang melayang. 

p/s: call Mak tadi. Kata Mak, Abah nak mandi minyak bijan esok. Erk? -.-' Selamat menyambut Deepavali lah kepada sesiapa yang terlibat. Yang penting esok cuti. Heaven ♥



1 comment: