followers comel

Thursday, 6 October 2011

masa, berputarlah kembali! :'|

aneh. tiba-tiba aku rindukan blackfipper.blogspot.com :'| tapi semuanya salah aku. siapa suruh aku tiba-tiba delete content? padan muka! blog dah tak boleh direcover!

orang kata, blog ni ibarat live diary. senang la orang nak stalk kan? haha. macam la ada orang nak stalk aku -.-" aku menulis hanya untuk suka-suka. untuk luahkan rasa. untuk isi masa lapang (lapang ke? o.O) yang sepatutnya diisi dengan menyiapkan esemen linguistics dan counselling yang mulai menimbun. tapi apakan daya. hati tak tenang selagi jari tak menari atas papan kekunci. 

hari ni dah 5 oktober. dua hari lagi, genaplah sebulan aku kat sini. uitm shah alam. dalam b.ed tesl yang dari dulu lagi jadi idaman kalbu. tapi betullah kata orang, manusia ni tak bersyukur. elok-elok dapat buat degree kat sini, rasa tak seronok pulak :'| screw me! hey eka, please lah! ko dapat chance untuk masuk sini pun dah kira bagus tau! *okay okay, aku tahu aku bersalah~



senyuman hanya untuk menutup jiwa yang lara :'|

p/s: apesal bile candid pun mata aku pasti sepet? 0.o


tadi mak call, gara-gara sms yang aku kirim petang tadi. konon-konon nak mintak motibasi la daripada mak aku =.= thanks mak, eka sayang mak sangat-sangat. jangan lupa bank-in duit untuk eka tau. duk sini memang banyak pakai duit, lebih-lebih lagi nak topup kad rabbit tu. 

p/s: rindu budak-budak bilik A208 :'(
p/s: penat sangat bila hari-hari kena menunggu
p/s: rindu nak belajar grammar!




1 comment:

  1. zue...
    sabar k... skrg ni pon min tgh alami apa yg zue alami...

    mungkin ni permulaan bila masuk alam baru kot... entah laa..

    tapi rasa berat sangat dugaan ni.. emm, entah laa zue... kadang2 hati ni senang sangat nak mengalah. mana entah yasmin yang dulu. hmmm...

    zue, sabar k? anggap lah 4 taun tu tak lama... suatu masa, semua ni akan berakhir... insyaAllah, yang penting kita usaha sedaya upaya...

    insyaAllah, min doakan kita sama2 kuat hadapi dugaan degree ni. harap2 kita semua berjaya dengan cemerlang... insyaAllah 1st class belake sep sep kite.... :)

    ReplyDelete